April 19, 2024

Jerebu Melanda : Penghidap Asma Perlu Berhati-hati

Kepada penduduk Malaysia,

Terutama di Lembah Klang yang menghidap penyakit asma, batuk, bronkitis, radang paru-paru dan penyakit lain berkaitan pernafasan atau kesemuanya sekali.

Anda dinasihatkan mengurangkan aktiviti waktu malam bagi mengelak kesan buruk menghidu udara tercemar sepanjang tempoh jerebu.

Ianya bagi mengelak mereka mengalami gangguan pernafasan lebih kerap berbanding biasa, berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di paras tidak sihat, terutama penduduk di Lembah Klang.

Gambar dari balkoni rumah Bro.

Paradigm Mall yang sekangkang kera (besar juga kera tue mengangkang) dan baru dibuka.

Masalah ini boleh berlaku apabila pesakit terbabit menghidu zarah halus tercemar akibat jerebu.

Zarah ini berukuran satu mikrometer itu boleh memasuki saluran pernafasan dan bahagian paru-paru dengan mudah, menyebabkan penyakit dialami seseorang bertambah teruk.

Keadaan akan bertambah buruk pada waktu malam kerana udara di bahagian bawah lebih sejuk, menyebabkan zarah halus yang tercemar turun ke kawasan paling rendah dengan bumi.

Berbeza pada waktu siang, udara mengandungi zarah tercemar ini bergerak ke bahagian atas bumi yang bertukar menjadi sejuk.

Saiz zarah yang halus boleh menembusi penutup hidung kerana ukurannya lebih kecil daripada liang alat keselamatan itu

Bicara Bro : Terasa macam sesak nafas la pulak 2-3 menjak ini.

Dah la duduk rumah tinggi-tinggi bertemankan asap rokok bebudak rumah. Belum lagi asap dari orang goreng telur tapi tak reti nak buka kipas bagi asap keluar.

Rasanya dah boleh agak sapa hantu durian yang makan durian sorang-sorang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Jerebu Melanda : Penghidap Asma Perlu Berhati-hati

  1. Malam tadi tengok berita dekat TV3 teruk juga jerebu dekat KL ni..

    Jadi, jagalah kesihatan bro dan teman serumah.. Terutamanya hantu durian tu.. ;)

    1. Nak buat macam mana kan.

      Zaman sekarang nie, apa benda yang kita buat boleh buat orang lain terkena tempiasnya.

      Lagi-lagi time akhir zaman nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *