You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Review : Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)

17,419,410 total views, 1,231 views today

Review : Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)

Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)

Filem ini diarahkan oleh saudara Ahmad Rusli Khadri (Ollynn) dan dibintangi oleh barisan pelakon baru dan lama seperti Aeril Zafrel, Nuremy Ramli, Fezrul Khan, Kamal faridz, Mon Ryanti, Elmy Moin, Shima Anuar dan ramai lagi.

Dan menemui anda dipawagam berhampiran bermula 21 Jun 2012.

Sipnosis Filem “Hanya Aku Cinta Kau Seorang”

HACKS mengisahkan tentang seorang gadis, Murni (Nuremy Ramli) yang dalam usaha untuk mencari cinta sejati dari seorang lelaki. Murni sudah mempunyai pasangan cinta platoniknya iaitu Mukhlis (Aeril Zafrel) di mana perhubungan ini dibina atas jalinan kasih sayang tanpa sebarang tarikan seksual.

Mukhlis dan sahabat baik Murni, Stacy (Mon Ryanti) telah berpakat untuk mencari cinta sejati Murni dengan meletakkan profile Murni di dalam laman sesawang “Meet Soulmate”. Kerana kesungguhan mereka, Murni turutkan sahaja dan akhirnya bertemu dengan Iqwal (Fezrul Khan).

Hakikat sebenarnya,

Murni menyimpan perasaan terhadap Mukhlis kerana bagi dirinya hanya Mukhlis sahaja yang memahami kehendak dan isi hatinya.

Tetapi, Murni menerima seadanya diri Mukhlis yang homoseksual dan sedang bercinta dengan Ayim (Helmy Moin). Tanpa pengetahuan Murni, Mukhlis bukan seorang homoseksual (dorang ini memang rapat sejak form 4 lagi)

Dalam masa yang sama Mukhlis juga turut menyimpan perasaan cinta terhadap Murni. Mukhlis cuba memberi yang terbaik untuk kebahagiaan Murni sehingga sanggup menemukan Murni dengan Iqwal sedangkan hatinya sendiri tidak merelakannya.

Selepas beberapa pertemuan, Murni akhirnya telah jatuh hati dengan Iqwal.

Sepanjang perhubungan Murni dan Iqwal ini, terdapat pelbagai pergolakan sehingga menyebabkan terbongkar segala rahsia dan isi hati yang terpendam.

Murni menjadi tersepit dalam dua persimpangan antara dua insan yang dicintainya.

Siapakah yang akan menjadi pilihan Murni?

Pada saat akhirnya Murni merasa kesedihan bila mendapat khabaran bahawa Mukhlis terlibat dengan kemalangan dan Iqwal pula pengsan kerana kanser hati tahap terakhir yang dihadapinya.

Pendapat bro mengenai filem ini?

Menarik walaupun agak slow, tetapi tetap diselitkan dengan sedikit jenaka romantik yang mampu buat anda tergelak walaupun pada babak tangkap nangis.

Dan motif yang ingin disampaikan oleh pengarah tersampai walaupun susah juga nak menjawap persoalan yang diajukan oleh pengarah filem ini.

Bicara Bro : Pernahkan anda tertarik/jatuh cinta dengan rakan baik anda yang berlainan jantina atas jalinan kasih sayang tanpa sebarang tarikan seksual.

Bro pernah.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

5 thoughts on “Review : Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S)

  1. Pernah..

    Masa zaman muda2 dulu.. saya mudah jatuh cinta dengan seseorang..

    Setiap kali ada perempuan yang bercakap lemah lembut dan bersopan santun dengan saya.. Saya rasa jatuh cinta dengan mereka..

    Sampai rasa panik.. nak pilih mana satu dalam banyak-banyak kawan perempuan saya untuk dijadikan teman isstimewa.. 😉

    Disebabkan terlalu sukar untuk membuat pilihan.. Saya tak pernah nak luahkan perasaan saya kepada mereka..

    Siapalah saya yang tak seensem macam abang ensem.. hehehe..

  2. gambar last tu pelakon pembantu terbaik tu kan??yang pakai topi tu..hehehe…kalau tak salah heroin citer ni adik kepada pelakon rusdi ramli kan..:)

  3. salam..

    heroinnya dah berubah, seksi juga pakaian ketika lakonannya dahulu.

    saya tk pernah jatuh cinta tp ramai perempuan suka saya masa sy belajar dulu, perempuan suka perempuan sikit2 okeh, tp kalau sampai nak buat hubungan tu apa..hoho

Leave a Reply

Top