You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Filem X – Janda-Jandaku Gangster

17,429,495 total views, 3,339 views today

Filem X – Janda-Jandaku Gangster


Isnin baru-baru ini bro telah menghadiri majlis pra tonton dan sidang media Filem X – Janda-jandaku Gangster yang merupakan filem pertama arahan Ahmad Rusli Khadri.

Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon seperti Pierre Andre, Intan Ladyana, Diana Amir, Nuremy Ramli, Chloe Nicole, Liana Rafiai dan Siti Chubby.

Ianya mengisahkan seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang gadis pilihan hatinya. Tetapi mendapat tentangan dari 5 orang janda-jandanya yang terdahulu.

Yang menarik mengenai filem ini,

  • Setiap janda-jandanya mempunyai kisah mereka yang tersendiri.
  • Dari saat pertemuan hingga ke saat jatuhnya talak.
  • Dan setiap janda-jandanya masih menyayangi dia.
  • Tiadalah gangster mana pun, dalam hati masih ada taman he..23x

Sinopsis Filem X- Janda-Jandaku Gangster

Filem ini mengisahkan Hafiz (lakonan Pierre Andre) seorang yang telah berkahwin sebanyak lima kali dan bercerai di atas sebab-sebab tertentu bersama kelima-lima isterinya.

Perkahwinan pertama bersama Zai.

Secara tak sengaja 12 tahun sebelumnya dengan seorang tomboi bernama Zai, apabila mereka ditangkap pasukan pencegah maksiat secara kelakar walaupun mereka tak bersalah.

Zai diceraikan kerana mak Hafiz salah faham ternampak Zai bercanda dengan seorang perempuan.

Perkahwinan kedua bersama Fatihah.

Seorang wanita yang sangat patuh pada arahan. Setelah bosan, beliau diceraikan.

Perkahwinan ketiga bersama Sophie.

Seorang wanita kaya. Setelah berkahwin Hafiz tidak bekerja dan Sophie dapat tahu mengenai dua perkahwinan awalnya. Hafiz dibelasah pengawal Sophie dan akhirnya diceraikan.

Perkahwinan keempat bersama Wanda.

Seorang gadis litar yang telah menjadi janda beberapa kali. Apabila berkahwin Hafiz mengetahui tabiat buruk Wanda dan 6 orang anaknya.

Perkahwinan terakhir bersama Ziana.

Beliau hampir melanggar Ziana yang menyelamatkan seekor binatang di tengah jalan, dan terus jatuh cinta dan berkahwin. Setelah di-queen control oleh Ziana, Hafiz menceraikan isterinya yang kelima.

Akhirnya beliau menjumpai Arisa, yang diharap adalah cinta sejatinya.

Pada awalnya kesemua janda-janda beliau cuba untuk menyelamatkan Arisa daripada menjadi janda seterusnya, namun pada akhirnya mereka berpakat dan membantu Hafiz untuk mengambil hati Arisa.

Apakah yang berlaku seterusnya?

Korang layanlah dipawagam berhampiran anda.

Trailer Filem X – Janda-Jandaku Gangster

Bicara Bro : Jika ditadirkan bro kahwin lebih dari sekali, mintak dijauhkan bro dari melafazkan talak keatas isteri bro.

Setiap pasangan ada kelemahan dan kekurangannya.

Kita hadir dalam hidup mereka untuk menyempurnakannya 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Filem X – Janda-Jandaku Gangster

  1. “setiap pasangan ada kelemahan dan kekurangannya. kita hadir dalam hidup mereka untuk menyempurnakannya” – betul tu.. dia hadir dalam hidup kita pun untuk sempurnakan kekurangan yang ada pada diri kita.. bersyukur kalau dapat pasangan yang memahami

  2. Cuba untuk cari2 jugak ulasan broframestone kepada filem ni, tapi gagal pula. Yup, idea untuk filem ni kami rasa dah menarik dah. Cumanya banyak kekurangan dalam filem X Janda-Jandaku Gangster ni. Filem Bini-biniku Gangster lebih menarik jika dibandingkan.

    Review kami di KakiWayang.com : X Janda-Jandaku Gangster

  3. Sorry bro, baru tgk cite ni smlm. but this is the silliest stupidest a waste of money movie iv ever watched in my entire life. mcm gampang. xde moral story. i mean like no one perfect kot. apehal nk kawin cerai smpi 5 kali. pastu mcm gampang la basically. jln cerita tah pape. david teo, pls stop producing movies yg memalukan org melayu dan industri tu sdr. bak balik rm11 aku!

    *emo ni tau. sbb smlm tgk movie sbb nk hilang stress sekali lg stress. hampeh.hehe

Leave a Reply

Top