Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone
Nak cari suami bukan macam cari pakaian dekat pasaraya.

Perlu dilihat pada jenamanya, dibandingkan dengan harganya, dikelaskan dengan lokasi dibelinya.

Ini tidak dapat menjamin kebahagaian rumah tangga yang bakal anda kecapi. Kalau nak cari pasangan hidup, cari yang mampu dan mempunyai ciri-ciri sebagai bapa mithali.

Ciri Bapa Mithali

  1. Mempunyai keimanan yang kukuh
  2. Menguasai ilmu duniawi dan akhirat
  3. Bertanggungjawab terhadap keluarga
  4. Mampu menjadi pendidik kepada zuriat keturunan
  5. Mampu memberi nafkah kepada keluarga dan tanggungannya.
  6. Mampu menjadi ketua keluarga
  7. Mempunyai kewibawaan yang tinggi dalam melaksanakan peranan dalam institusi kekeluargaan
  8. Mempunyai sifat pengasih dan penyayang.
  9. Menjadikan solat perkara utama dalam keluarganya
  10. Sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarganya.

Adakah semua ciri-ciri ini ada pada anda?

Jika tiada, perbaikinya sebelum anda merancang untuk mendirikan rumah tangga. Perkahwinan bukan setakat anda dengan si dia sahaja.

Bicara Bro : Kadangkala kita merasakan kita dah cukup sempurna.

Tetapi orang sekeliling lebih mengetahuinya.

Bro tengah cuba menjadi lebih bertanggungjawab dan mampu jadi pemimpin keluarga walaupun dah tak mampu jadi pemimpin seperti dahulu.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter