New Straits Times hari ini memaparkan tulang belakang kepada blog Amanz.my iaitu keluarga Amanz Network yang diasaskan oleh Aman Firdaus.

Tahniah bro ucapkan kepada keluaarga Amanz Network yang berjaya memartabatkan blog berbahasa melayu ke peringkat antarabangsa.

Keluarga yang kecik, tapi mempunyai pengaruh yang besar dalam sosial media masa kini. Mereka terdiri dari Aman Firdaus (founder), Tekong (CEO Amanz Network), Obefiend dan juga Nisa Kay.

Dalam masa yang sama mereka juga mendapat bantuan dari sesetengah pihak yang sudi berkerjasama dalam memastikan kualiti yang disampaikan di blog amanz.my terutama dari segi penggunaan bahasa Melayu yang mudah difahami dan mudah ditranslate ke bahasa lain.

Bagi bro,

Bukan senang nak cari blog yang mampu mengekalkan momentum untuk memastikan kualiti yang terbaik sebagai sumber informasi dan rujukan berasaskan niche teknologi terutama dalam Bahasa Melayu.

Moga yang terbaik buat Amanz Network. Terutama untuk projek yang akan datang ini :)

Bicara Bro : Walaupun bro bukan salah seorang ahli keluarga Amanz Network. Bro tetap berusaha mempromosikan mereka secara verbal kepada masyarakat dan kenalan bro.

Bro sekarang dalam proses membangunkan projek Hye Bro! Alhamdulillah, beberapa projek dan hala tuju dapat ditetapkan. Terima kasih kepada mana-mana pihak yang sudi membantu hye bro untuk melangkah kehadapan.