You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Yang Meninggal Adalah Bob Kuman, Bukan Bob Lokman

17,420,165 total views, 1,986 views today

Yang Meninggal Adalah Bob Kuman, Bukan Bob Lokman

Semalam kita digemparkan dengan pemergian arwah Bob Kuman.

Sana sini orang update blog, facebook, twitter semua menceritakan mengenai pemergian beliau.

Mungkin ada yang berniat baik dan mungkin ada yang berniat semata-mata nak terlibat dalam trading issue di social media platform.

Itu hak memasing, Bro tiada hak menegur mereka.

Cuma tak ramai antara kita yang berkongsikan susah payah yang dihadapi oleh arwah sejak dia jatuh sakit sehingga akhirnya beliau menghembus nafas yang terakhir.

Nampak juga rakan-rakan blogger + kenalan bro yang berkempen sana sini untuk mencari dana mengurangkan beban yang ditanggung oleh arwah.

Bila terbaca blog Mazidul Akmal Sidik.

Lagi terguris hati bro. Mungkin penulisan beliau sampai ke dalam hati kita dan mendekatkan kita dengan arwah Bob Kuman.

Terbaca screen shoot twitter arwah dimana beliau mengatakan beliau sudah bersedia menemui tuhan. Mungkin arwah sendiri sudah tahu masanya sudah dekat.

Tetapi ramai juga yang tak dapat nak membezakan Bob Kuman dengan Bob Lokman.

Bicara Bro : Kehidupan kita didunia hanyalah sementara.

Itupun hanya pinjaman sementara, tiada yang kekal milik kita kecuali amalan dan doa zuriat kita yang soleh @ solehah.

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Yang Meninggal Adalah Bob Kuman, Bukan Bob Lokman

  1. Orang yang sihat walafiat dikatakan meninggal.mmg nama hampir sama tapi harus waspada dalam membuat apa pun statement..silap2 ada yang kene saman..

Leave a Reply

Top