You are here
Home > Bersama BroFramestone > Travel Blog Ke Indonesia Bersama Pemandu Pelancong

17,426,218 total views, 62 views today

Travel Blog Ke Indonesia Bersama Pemandu Pelancong

Rasanya ini kali pertama bro terlibat dengan projek tanpa blogger lain.

Tanpa pembantu peribadi bro.

Di sini, bro hanya ada pemandu pelancong yang akan menemani bro dari Jakarta hingga ke Bandung.

Kemudian bro akan teruskan perjalanan ke Medan sebelum pulang ke Malaysia pada jumaat depan.

Luqman selaku pemandu pelancong bro.

Kualiti yang dipamerkan beliau tidak mengecewakan bro. Boleh dibawa bersembang sambil mengeteh.

Cuma kami kadangkala menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Biasa la tue. Bukan semua butir bicaranya mampu bro fahami.

Dan bukan semua yang bro cakap dia fahami.

Nak makan pun bro terpaksa minta dia tangkapkan gambar bro. Kalau la boleh bawa pasangan. Sure boleh honeymoon di sini.

Maka kami banyak habiskan masa dengan bersembang dengan bahasa english.

Walaupun bahasa englishnya tak beberapa fasih. Tapi mampu buat bro tergelak banyak kali.

Dah lama bro tak speaking tiap kali bersembang macam zaman bro sekolah dan berlajar diuniversiti.

Teringat lagi masa bro dijemput bagi talk untuk seminar antarabangsa satu ketika dulu.

Bicara Bro : Malam pertama di Jakarta, beliau bawa bro meninjau beberapa lokasi yang selalu menjadi tumpuan selebriti disini.

Dapat juga bro tengok artis mereka secara live

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Travel Blog Ke Indonesia Bersama Pemandu Pelancong

Leave a Reply

Top