Sudahkah anda menonton Men In Black 3 dipawagam?

Bukan yang download atau yang seangkatan dengannya.

Baru-baru ini (24 May) bertempat di MBO Cinema, Viva Cheras bro dapat tiket percuma untuk menonton filem Men In Black 3 (layan 3D punya).

Bagi bro yang selama nie mengikuti 2 filem sebelum ini, banyak persoalan terjawab.

Antara persoalannya:-

  1. Kenapa Agen K susah nak senyum (macam tiada perasaan)
  2. Kenapa dorang ada masalah, mesti pergi makan pai
  3. Ape hubungan Agen K dengan Agen O
  4. Kenapa filem pertama, Agen K recruit Agen J.

Paling best,

Korang boleh nampak perkembangan teknologi dalam MIB.

Tapi rasanya bukan perkembangan. Tetapi lebih kepada asal usul teknologi yang mereka gunakan.

Paling ketara,

Alat menghapuskan memori dimana ianya perlu digunakan bersama bateri tambahan yang disambungkan pada tali pinggang.

Bicara Bro : Thank kepada MyiMart untuk tiket ini.

Filem ini keluar bila sebenarnya?