Seronok tengok adik-beradik membesar di depan mata kita.

Nak tengok semua berkumpul sekali memang susah. Harap time raya sahaja baru dapat rasa begini.

Itupun hanya sementara.

Masing-masing ada komitment sendiri.

Ada yang balik sebelum raya, ada yang balik pagi raya, ada yang balik semula selepas habis solat raya.

Bagaimanalah raya tahun ini?

Moga ada serinya berbanding raya-raya sebelumnya. Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini.

Bak kata adik bongsu bro,

“Kekosongan masih ada, dan masih boleh di isi” sambil buat high five dengan bro (yang faham saja faham apa yang ingin dia sampaikan).

~ Adik bongsu Bro. Tapi yang mana satu yang bongsu ek? ~

Dari yang single, mula bercouple gitew-gitew. Kemudian mula bertanda apabila family berkenan.

Insya’lah akan berlangsung tidak lama lagi

~ Rakan sekelas masa sekolah kata depa, start berhubung tahun lepas ~

Tertiba teringat pada awek-awek satu kelas dengan bro dulu. Walaupun kenyataannya kelas bro hanya ada 3 orang je gadis. Dan mereka duduk disebelah bro.

~ Adik bro paling tak menjadi satu ketika dulu, sekarang dia la kebanggaan keluarga (sekarang je la) ~

Pernah jatuh dan bangkit semula akibat keputusan yang teruk semasa SPM.

Sekarang rajin cari business (nak kahwin katanya), Dah pakai Hilux sekarang nie :)

Adik bro paling bongsu?

Ada ciri-ciri seorang ustaz. Tazkirah dan perkongsian ilmu tidak pernah lekang dari perbuatannya.

Dengar cerita dah ada jawatan tertinggi dalam persatuan.

Bila nak bertanding dalam MPP? Ke tiada sesiapa dalam keluarga bro yang nak ikut hala tuju bro dulu sebagai YDP MPP?

Alhamdulillah,

Walaupun sudah bertahun bro tinggalkan dunia politik. Masih ada menteri, ahli politik dan mereka berjawatan tinggi mengenali bro dan sudi bertegur sapa dengan bro.

Bicara Bro : Bro akui, dari kecil bro memang tak rapat dengan adik beradik bro kecuali yang paling bongsu.

Seronok juga habiskan masa bersama mereka. Dengar cerita mereka semua takut nak tegur Bro. Dorang cakap bro nie garang.

Garang ke?