April 18, 2024

Segarkan Hari Anda Dengan Minuman Teh Dari The Bubbles


Baru-baru ini bro berjalan-jalan di sekitar Bangsar, lalu singgah sekejab di The Bubbles.

Bukan saja-saja singgah di sana. Cuaca agak panas dan tekak haus ketika itu.

Ada banyak jenis minuman disediakan seperti Teh Ais, Milo Ais, Kumquat (Limau Kasturi) dan Durian.

Eh…!!! Durian pun ada juga?

Jangan terkejut. Terdapat lebih 25 jenis minuman yang menyelerakan termasuk minuman yang biasa kita dengar.

Konsep yang ingin disampaikan memenuhi selera tempatan : Teh Bubble digabungkan dengan minuman tempatan.

Nak order mudah sahaja. Hanya ikut 5 panduan di bawah ini.
1. Pilih saiz minuman anda (500ml atau 700ml)
2. Pilih base
3. Perisa anda
4. Topping (jika anda nak, seeloknya pilih)
5. Bayar dan minum
Tak cukup, boleh order lagi.

Dan bro lebih selesa minum di dalam kedai mereka. Sebelum order lagi satu untuk dibawa balik.
Antara topping yang disediakan

Pergi mana-mana pun korang tak mampu nak jumpa topping sebegini.

Ada Yogurt Pearl, Black Pearl, Aloevera, Manga CoCo Jelly etc.

Dan pilihan bro adalah Rainbow Jelly diminum bersama Strawberry Milk Tea.

Teringin nak rasa.

Lagipun bro tanya di kaunter semasa membuat order. Mereka member cadangan kepada bro untuk mencuba topping Rainbow Jelly dengan strawberry milk tea.

Memang tidak mendukacitakan bro.

So sebelum balik, bro sempat order lagi satu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman facebook mereka – https://www.facebook.com/BubblesBubbleTeaRules

Untuk pengetahuan anda juga,

Mereka ada menyediakan perkhidmatan catering dan juga penghantaran ke rumah sekitar Bangsar, Damansara dan Hartamas dengan menghubungi mereka di talian 03-2201 3770

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Segarkan Hari Anda Dengan Minuman Teh Dari The Bubbles

  1. suka minum air yg ade bubble2 ni tp nk ke bangsar semata nk minum di bubbles, hmm… dh lama xjejak ke bangsar selepas kami membawa haluan masing2…

Leave a Reply to Izzuddin Fauzi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *