You are here
Home > Uncategorized > Rumah Rakan Blogger – Ammar Yasir Terbakar

17,449,872 total views, 2,341 views today

Rumah Rakan Blogger – Ammar Yasir Terbakar

Bro baru menerima khabaran dari beberapa rakan blogger dan juga Ammar Yasir.

Bahawa rumah keluarganya di Terengganu musnah terbakar lewat malam tadi.

Tak pasti berapa banyak kereta bomba dan penyelamat yang terlibat turun ke lokasi kejadian.

Yang bro boleh pastikan,

Bro ingin memohon jasa baik rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog ini, memberi sedikit bantuan dalam mengurangkan beban yang dihadapi oleh keluarganya.

Yang bro tahu, ayahnya masih lagi tak mampu berkata apa-apa. Masih terkejut dengan apa yang telah terjadi.

Bila tengok berapa banyak tanggungan yang perlu ayahnya jaga. Hampir menitis air mata bro.

Dengan musibah sebegini, mampu memberi kesan kepada mereka. Dan tak lama lagi, salah seorang adik beradiknya akan melanjutkan pelajaran. Barang telah dibeli awal tetapi musnah dalam kebakaran semalam.

Anda boleh menghulurkan bantuan kepada akaun Ammar Yasir iaitu

CIMB BANK: 13040077370526 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)
Maybank: 163082138960 (Ammar Yasir Bin Che Hassan)

Sumber dan maklumat diperolehi di sini.

Bicara Bro : Malang tak berbau.

Tuhan itu maha kaya, Rezeki yang kita perolehi setiap hari bukan untuk kita semata-mata. Derma dan sedekah jika berkemampuan.

Hari ini, benda sebegini terjadi pada Ammar Yasin. Esok lusa, siapa yang tahu?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Rumah Rakan Blogger – Ammar Yasir Terbakar

  1. Insyaallah kita bantu mana yang termampu, kalau ada sedikit bantu sedikit moga Allah perluaskan rezeki kita dan rezeki org yang menerima.

  2. Bro… tiga tahun dulu, rumah saya pun terbakar. Hampir arwah satu family la masa tu. Saya dah rasa apa yang kawan kita ni rasa… saya tahu betapa beratnya dugaan bila rumah kena bakar ni. Saya bukanla orang yang berada, tapi akan tolong setakat mana termampu.

    1. Bro tak pernah rasa.

      Tapi sedara bro pernah merasai.

      Dah la rumah habis terbakar. Kemudian tiada tempat berlindung. Dokumen dan semua benda penting musnah.

      Saudara mara pula berjauhan.

      Jom kita sama-sama bantu mana yang kita termampu

Leave a Reply

Top