Isnin pagi,

Hari ke-4 dimana Bro berada di Indonesia untuk travel blog bersama Air Asia bagi tempoh seminggu.

Seawal pagi,

Bro bersiap-siap memulakan perjalanan dari Jakarta ke destinasi ke-2 untuk travel blog iaitu Bandung.

Lokasi ini agak sejuk berbanding Jakarta. Cuaca di Jakarta lebih kurang sama dengan Malaysia.

Bandar ke-3 terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya.

Air Pasang Jakarta Indonesia

Ketika meninggalkan Jakarta,

Beberapa jalan, bro dapati dinaiki air. Ini fenomena biasa disini akibat dari air pasang.

Kalau di Malaysia mahu tengok fenomena ini, kena tunggu hujan 2-3 jam. Sure masuk paper pada keesokan harinya.

Seperti yang dibilang oleh pemandu pelancong, jarak perjalanan dalam 2 jam setengah bila menggunakan highway.

Sebelum adanya highway. Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa 5-6 jam.

Bandung sebenarnya dikelilingi oleh banjaran gunung.

Boleh nampak beberapa buah sawah pagi dibuat dikaki bukit. Cantik tersusun bertingkat-tingkat dikaki bukit.

Apa yang menarik yang bakal bro temui di Bandung?

Dengar cerita cewek-ceweknya cantik bangat. Kata pemandu pelancong Bro.

Tapi itu bukan tujuan bro kesana.

Bandung mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik. Dan berbaloi untuk anda jika mahu bershopping disini.

Sesuatu yang menarik bro temui dalam perjalanan.

Had laju yang dibenarkan di highway ini 80km/j. Had perlahan pula 60km/j.

Eh had pelahan pun ada sama. Nampak sangat tak boleh bawa slow-slow di highway ini.

Nama lain Bandung dulu adalah “Parahiagan” yang bermaksud Tempat Dewa-Dewa.