You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Pegawai Bank Gagal Saman PTPTN

17,412,958 total views, 1,353 views today

Pegawai Bank Gagal Saman PTPTN

Seorang pegawai bank gagal menyaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya.

Dibawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.

Dia menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dia mendakwa telah ditahan pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas ketika mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Nak pinjam senang,

Nak bayar balik punyalah liat.

Bro akui, bro juga liat mahu membayar pinjaman. Susah muda-muda ini dah banyak hutang pinjaman perlu dilunaskan.

Tapi bro tak liat untuk hubungi pihak PTPTN dan usha website imigresen untuk menyemak sama ada nama bro tersenarai dalam senarai mereka yang diblacklist.

Kalau tidak,

Memang susah nak buat travel blog.

Bicara Bro : Bro kenkadang hanya mampu banyak RM 50 sebulan, kenkadang tak bayar langsung.

If ada rezeki lebih, bro hulur dalam RM100 – 500 sekali bayar. Tapi macam tak terasa je pinjaman itu makin berkurangan he…23x

Hope rezeki bro dalam dunia blogging akan bertambah 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Pegawai Bank Gagal Saman PTPTN

    1. Jom sama-sama kita melunaskan hutang.

      Dan bangkang benda yang buat rakyat kita berhutang pada usia yang muda.

      Sebab itu la banyak ah long boleh cari makan 🙂

  1. Belajar tinggi-tinggi tapi tak mau guna akal. Bila dag sign agreement kita setuju dengan segala term kena fahamlah. Kenalah ikut segala term yang ada.

    Tak dapat banyak bayar sikit2. Bukankah hutang itu wajib dibayar kalau tak kita akan disoal diakhirat kelak.

  2. Betul gak bro, tp bayar sikit2 ni kadang2 x berkesan / kekurangan dia susah nampak.

    Thats y i bayar 1000 one shot!! Ada duit bayar terus… abiskan hutang dulu..banyak lagi harta nak beli…

  3. betul tu bro, bayar sikit-sikit lama hutang akan berkurangan…samalah cara bayaran hutang dgn bro ini.kalau ada lebih kita bayar lebih..dan ada juga tak terbayar…hehehe…muga bro dilimpahi rezeki…dan doakan sekali untuk saya dimurahi rezeki juga…

Leave a Reply

Top