April 20, 2024

Memori Sekolah Yang Tidak Dapat Dilupakan #memorisekolah

Memori sekolah yang tidak dapat bro lupakan.

Ini merupakan hastag #memorisekolah yang bro temui di twitter hari ini.

Memori Bro semasa di Tingkatan 1.

Pandang kanan, nampak lelaki.
Itu kawan bro yang berbeza birthday 7 hari awal dari bro.

Pandang kiri, nampak lelaki juga.
Itu kawan bro yang berbeza birthday 1 hari awal dari bro.

Pandang belakang bro, lelaki juga.
Cuma bro tak dapat nak ingat siapakah dia.

Bro pandang depan, juga lelaki.
Yang pasti dia adalah ustaz dan sekarang menjawat jawatan dalam Jabatan Pendidikan Negeri Perak (ke dah bersara) Tapi masih ingat nama bro sampai sekarang.

Itupun sebab dia selalu jumpa bro di mana-mana event peringkat negeri Perak.

Pandang ke luar cermin.

Nampak sekumpulan budak lelaki bermain bola sambil diperhatikan oleh seorang cikgu lelaki yang namanya serupa dengan bro. Cuma beza pada huruf “Y” dan “H”.

Haru sekolah bro dengan bunyi budak lelaki baru pecah suara.

Oh, macam mana la bro boleh masuk sekolah ini. Semuanya diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Perkara yang bro paling menyesal menerima Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh adalah kerana semuanya LELAKI.

Selamat ada cikgu perempuan yang tak kahwin di sekolah termasuk cikgu perempuan yang tak kahwin-kahwin hingga ke hari ini.

Tidak lupa juga akak-akak form 6 yang ayu-ayu + bajet hot (form 6 je ade perempuan).

Apa-apa pun selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia tidak lupa kepada Cikgu KumaraGURU yang rapat dengan bro.

Jom teka yang mana satu adalah Bro?

Semasa di Tingkatan 1

Semasa di Tingkatan 2

Semasa di Tingkatan 3

Jika betul tiada hadiah :) Selamat mencuba

Bicara Bro : Now korang pasti tahu kenapa bro macam pantang nampak perempuan.

Dan kenapa korang nampak bro takut sangat berurusan dengan lelaki. (Maaf, bro bukan gay he..23x)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Memori Sekolah Yang Tidak Dapat Dilupakan #memorisekolah

    1. He..23x lawak ke…?? Malas nak buat entry serius-serius…

      Kau rasa boleh bukukan tak entry ini?

      Ala kau buat la.. nak juga aku tahu memori kau masa sekolah dan satu kelas dengan aku

    1. betullah tu fasz..dgn ini saya mengesahkan bahawa mmg itulah bro..hahaha..mcm je Jay ni seangkatan dgn bro..hehehe

  1. Segak sekolah bro perlu memakai tali leher. Sekolah saya dahulu tidak dibenarkan memakai tali leher dan tali pinggang kerana ada kes bergaduh menjadikan 2 barang tersebut sebagai senjata.

  2. Kalau Jay letak gambo zaman sekolah pasti ramai tergelak.,.hahaha..yelah peredaran masa kan..dari seorang yg alim menjadi seorang gila2..hahaha

  3. yeay..!
    anderson..!

    tetiba windu ipoh lah…!

    teringat la pulak spital kat depan tu..
    muahaha…

    ;)

    eh..eh..

    “lambaian pohon palma..
    dipantai yang indah…”

    yang herannya tak nampak lak pantai nya..kan?

    1. maunya tak hafal..

      demi cik abang kita yang macho hensem ngalahkan aaron aziz itu..

      eh..eh..

      bro tak kenal schoolmate sendiri ke..?

      tak baik tau..

      mana semangat andersonianssss ha..?

      :)

      (bro..komen bro terhadap entry mothercare tu tak best la.aka ke patut tanya pasal cik abang kita. huhu..)

      walaubagaimanapun komen anda amatlah dihargai.

      :)

  4. pernah sekolah di Anderson Ipoh tahun 88-90. Pastu bersekolah kat jiran Anderson Ipoh.

    masa ni..hoki baru nak jadi produk utama SMA.
    jabatan Pendidikan Perak pun blm dipindahkan kat surau lama tu.

Leave a Reply to Ladfe Amir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *