You are here
Home > 1001 Pictures > Makan Tengahari Di Penang Village, Great Eastern Mall, Ampang

17,442,404 total views, 1,615 views today

Makan Tengahari Di Penang Village, Great Eastern Mall, Ampang

Bro sempat untuk makan tengahari di salah sebuah outlet bagi Penang Village yang terletak di Great Eastern Mall, Ampang.

Bro dijemput oleh pemilik Penang Village untuk makan bersama mereka.

Sambil makan,

Bro banyak berkongsikan cerita tentang blogger dan mereka pula banyak berkongsi cerita mengenai sejarah Penang Village sehinggakan mampu mempunya cawangan mereka sendiri.

Bermula dari masakan Penang.

Mereka mula melangkah dengan beberapa jenis masakan dari Melaka dan juga masakan cina yang halal.

Di sini bro kongsikan beberapa perkara yang menarik untuk anda makan bersama keluarga di Penang Village.

Suasana Premis | Selera Tempatan | Hidangan Utama | Pencuci Mulut | Minuman | Hubungi Penang Village


Suasana Premis Penang Village

Kadaan premis yang luas dan selesa untuk makan secara besar-besaran bersama keluarga mahupun rakan sepejabat.

Mereka juga menyediakan bilik peribadi jika anda berminat untuk mengadakan “Private Event”.

Perkhidmatan yang mereka sediakan juga tidak kurang hebatnya.

Susunan dan cara mereka menyediakan juadah mampu membuat anda selesa berada di sini. Dari segi penyediaan pula, tidak mengambil masa yang panjang untuk dihidangkan kepada anda.

Dan bro perasan,

Semasa bro masuk ke premis ini. Suasana agak meriah dengan kehadiran pelanggan mereka terutama di waktu makan tengahari.


Juadah pembuka selera
Bro perkena juadah asas sebagai pembuka selera.

Ini antara juadah yang bro pilih sebagai pembuka selera. Mampukah ianya menaikkan selera anda?

~ Village Pie Tee ~

~ Crab Roe Prawn ~

~ Nyonya Pandan Chicken ~

Menu Selera Tempatan

~ Nasi Lemak set with Tamarind Prawn, Sambal Ikan Bilis & Chicken Curry Kapitan ~

~ Nasi Tomato set with Chicken lorbak, Acar awak & Chicken Curry Kapitan ~

~ Penang Seafood Sar Hor Fun ~

~ Penang Assam Laksa ~

Hidangan Utama

~ Ying – Yang two style Garoupa Fish ( Deepfried with Kerabu sauce & steamed with Assam Sauce) ~

~ Claypot Seafood Village Curry ( Promotion Signature dish) ~

~ Two Style Kailan ~

Pencuci Mulut

~ Penang Fruit Rojak ~

~ Ruby Melon Ice ~

~ Penang Rainbow Iced Kacang ~

~ Penang Durian Chendol ~

Minuman Terbaik (pilihan Bro)

~ Logan Ribena ~

~ Coconut Shake ~

2-2 merupakan air favorite Bro.


Hubungi Penang Village

Penang Village
Great Eastern Mall
Lot 8 & 9, Level 3, Great Eastern Mall, No.303, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Website – www.penangvillage.com.my

Untuk tempahan – +603 42571698

Atau ikuti mereka di Facebook Penang Village

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

29 thoughts on “Makan Tengahari Di Penang Village, Great Eastern Mall, Ampang

  1. wow nampak mcm menarik..kalau Jay tak salah pernah ada bukak kat 1borneo hypermall Sabah..tapi mcm dah tutup je skrg ni..

    1. Insya’lah ada rezeki datang la cuba makan di sini.

      Tapi kena pandai pilih menu yang sesuai.

      Mcam bro, memang jenis main makan je semua. Memang suka merasa

  2. saya mmg dari dulu suka mkn dgn family kat penang village great eastern ni.kami mmg suka tapi skrg kami terpaksa lupakan coz bila check mmg x mohon halal jakim,skrg ni kan sensitive kedai yg x ada halal jakim so we all pun risau lah.
    Bro,kalau baik dgn boss kedai ni minta la dia mohon halal jakim so confident sikit nak makan.thanx…

    1. Bro ada sembang dengan owner Penang Village mengenai isu ini.

      Mereka cakap, mereka susah nak dapatkan pengesahan halal untuk premis mereka.

      Ini kerana kebanyakan pihak yang mengadakan event di sini banyak melibatkan alchohol dan ianya dibawa dari luar dan bukan dari pihak premis.

Leave a Reply

Top