You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Majlis Pelancaran Kawasaki MX World Buat Peminat Motocross Malaysia

17,444,135 total views, 3,346 views today

Majlis Pelancaran Kawasaki MX World Buat Peminat Motocross Malaysia

Baru-baru ini.

Bro dijemput ke majlis pelancaran Kawasaki MX World yang pertama di Malaysia oleh CBK Motor Sports Sdn. Bhd.

Ianya terletak di jalan Ipoh berdekatan dengan Hotel Dynasty.

Majlis ini meriah dengan kehadiran pihak media dan juga rider yang rata-rata datang daripada beberapa Kelab Peminat Kawasaki di Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada encik Jeffery Lim GM Kawasaki (M) Sdn Bhd dan encik Ah Loo CBK Motor Sport.

Pihak media juga dijemput menyertai lawatan ke ruang dalam CBK Motor Sport yang setinggi 5 tingkat.

Diantaranya ruang jualan motocross, ruang jualan aksesori dan alat ganti dan ruang bengkel penyelenggaraan.

Untuk pengetahuan anda,

Kawasaki MX World yang dilancarkan oleh CBK Motor Sports Sdn ini akan menjadi sebuah pusat premium 3S. Dimana ianya menjual, penyelenggaraan dan alat ganti tulen motocross untuk pelanggan yang memiliki jenama Kawasaki motocross.

Untuk memeriahkan majlis ini.

Pihak penganjur mengadakan persembahan demontrasi jalanan untuk Kawasaki Motocross.


Memang persembahan mereka terbaik.

Jangan tiru aksi mereka. Mereka semuanya berpengalaman, dan salah seorang yang mengadakan persembahan ini baru berumur 15 tahun.

Tak puas tengok gambar? Jom usha video ini pula.

Cabutan bertuah tidak dilupakan. Dan hadiah yang diberi pun bukan calang-calang. berbaloi untuk dimenangi.

CBK Motor Sport Sdn Bhd
373, Batu 2.5
Jalan Ipoh
51100 Kuala Lumpur

No. Tel: 03-4042 8555
No. Fax: 03-4042 2985
Alamat e-mail: cbkmotor@gmail.com
Laman web: www.cbkmotorsport.com

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Majlis Pelancaran Kawasaki MX World Buat Peminat Motocross Malaysia

  1. Bro apahal gambar tu akak tak leh tengok ek…apa le cikai internet kat opis ni. malam karang nak intai2 dari rumah pulak…

Leave a Reply

Top