April 26, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 21] Jemput Salah, Tak Jemput Pun Salah

Boleh dikatakan hari-hari bro diajukan dengan soalan begini oleh rakan blogger atau yang bukan blogger.

“Hari ini bro tiada event ke?”

Dan bro selalu akan cakap: –

  1. Ada
  2. Ada tapi tak larat nak pergi
  3. Tiada
  4. Entah, plan nak berehat je hari ini.

Dan kebanyakan maklum balas yang bro terima selepas soalan diajukan.

“Bro boleh ke bawa orang lain pergi event tue”

“Boleh aja, tiada masalah. Pakai kabel belakang je”

“Kalau macam tue, lain kali bawalah saya sama. Tak pun jemput saya sekali mana-aman event yang ada. Jika ada event yang bro tak dapat pergi, saya akan wakilkan”

Bro tak kisah sebenarnya pasal benda ini.

Tapi,

Bila bro tolong anda, anda pun kenalah tolong bro sama. Jangan nak wangikan nama sendiri sampaikan nak busukkan nama bro pula kan.

Bro cari makan dengan blogging.

Korang tiada blog pun masih mampu cari makan. Kalau tiada bro, pun korang boleh cari makan. Sebabnya bukan bro yang bagi korang makan. Makan dengan bro boleh la.

Cuma agak terkilan dengan beberapa golongan blogger.

Bro bawa anda untuk ke suatu event untuk buat liputan, tetapi lain pula jadinya.

Blogpost mengenai event itu tak dibuat. Banyak pic bergambar dengan artis dan gambar syok sendiri. Dan ada juga yang seperti tidak tahu nak buat apa di situ.

Bro tak marah.

Untung dorang yang ikut mana-mana event yang bro invite.

Selain dapat kenal blogger lain. Mana tahu rezeki murah. Dapat cabutan bertuah ke, dapat no awek ke kan he…23x

Bro tahu ada diantara anda yang ingin ikut jejak bro. Bro tak halang, itu hak anda.

Bila penganjur tanya bro,

“Bro hari tue I nampak u bawa banyak blogger datang. Boleh I tengok blog dorang pasal event I tak?”

Bila bro compilekan semua blogpost anda.

Keputusannya amat mengecewakan. Dan jawapan yang bro terima juga mengecewakan juga

“Apa nie bro, sikit saja yang tulis pasal event I. Nanti I tak nak la libatkan blogger U dalam event I lagi”

Sedih tak dengar jawapan macam tue dari orang yang bro kenal.

Dan ada juga yang bising-bising dan cakap belakang pasal bro.

Bro tahu memang mana-mana event bro asik ajak orang yang sama dan member-member bro sahaja.

Eh…??

Bro ajak orang yang boleh bagi komitment dan sanggup naikkan martabat blogger pada orang-orang diluar sana.

Member-member bro sahaja?

Bro kenal dorang pun dari event-event yang selalu bro pergi. Dari situ kami jadi member sebab bro tahu dorang sanggup turun etc.

Sebab itu asik nampak muka yang sama je.

Bro memang suka bawa PA – Pembantu Peribadi bro ini pergi ke mana-mana.

Selain dia comel, dia juga….. ek.. Sorry la Nurul, bro tak pandai nak puji-puji orang nie. Biar orang lain yang puji.

Bicara Bro : Ada yang cakap bro nie hati kering.

Kena maki ke, kena apa-apa dengan blogger or yang bukan blogger. Bro tak amik port sangat.

Satu je bro boleh cakap. Bro boleh tolong korang, tapi korang kena tolong diri korang sendiri jika tak nak tolong bro.

Jangan dah ada nama, terus berlagak depan bro. Tak kan pergi ke mana punya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

75 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 21] Jemput Salah, Tak Jemput Pun Salah

  1. Wah luahan hati sungguh ni~

    Pada mereka yang rasa diri dia macam ni, jangan jadi kacang lupakan kulit. Ingat jasa orang yang banyak tolong kita, tolong naikkan nama kita dll.

    Eh? Tambah tazkirah kejap. Hehe

    1. Dah namanya luahan hati seorang blogger.

      Dah banyak blogger yang bro jumpa dulu bukan kemain baik dengan bro. Now…?

      tak perlu kot bro ungkit. Bukan bro dapat apa-apa pun dari mereka.

  2. masa ema pergi pertama kali event kat Hilton hari itu, memang ema tak reti nak buat apa..diaorang ambik gambar..ema pun ambil pakai hp jer..kamera tak bawa..time tu pun nyaris nak hilang hp..hp jatuh tepi kereta..nasib baik turun ke parking hp masih ada… pastu ema jumpa blogger..dan tanya apa yang perlu buat selepas ini…Alhamdulillah..ema dapat juga buat satu entri masa event hari itu….

    1. Waduh.. shadisnye cerita dia..

      Lepas ini, kalau ada apa-apa event melibatkan blogger. Bawalah kamera, tak pun kenal-kenal dengan orang sebelah kot2 boleh amik gambar dari dia,

      Thank ema…

      Lepas nie jangan malu nak join mana-mana event yang bro ajak

  3. newbie mcm aku ni pon tau hargai pengorbanan orang…tak best la cmtu kan bro?…sentiasa doakan yg terbaik utk kawan2…tak kenal kita berkenalan.

    1. soalan pagi td cam ni.

      Hari ini bro xde event ke?”

      bro ckp –>Ada tapi mls nak p

      ha cam ni la..hehe

  4. skg ni bukan slah bro pun, blogger yg bro bawa tu smua dah dberi tp xmnjalankn apa yg diminta, bersabar ye bro next time bawa blogger yg betul2 boleh beri kjasma 200% pda bro..bukan shja hanya mgejar populariti, nak mgejar populariti boleh tp biarlah seimbang dgn usaha yg kite bt :)
    bro org yg sma pun xkesah..kalo komitmen dorg tbaik..muke sma tp baju stiap event lain2 ..tarahalll lah hehee >.<

  5. sebab tu, ada gk event yg bro ajak terpaksa gua tolak..takut xleh nk bg komitmen sbbkan bz dgn kije lain. tp kalo aku free, mmg aku join & bls balik jasa lu bro..hehehe..cara ko dh btol bro, cuma org tak tahu erti ‘appreciation’..:-)

    good luck bro!

  6. Cer bawak kakcik sekali. Nanti kakcik boleh buat review tentang event tu (perasan macamlah ramai sangat yang baca blog kakcik) hehehe….

  7. Memang luahan hati yang tulus & murni.. Nurul sokong..

    Nurul pun rajin gak kena cam bro… Padahal kalau kita ajak org g event.. macam2 alasan dia bagi.. bukan sekali.. dah banyak kali.. pastu bila update entry.. sindir2 kita plak.. :(

    Yang tang PA tu.. Nurul dah selesa ngan Bro.. Yang paling penting bro tak kedekut ilmu.. ;)

    1. Sebab itu bro lagi selesa bawa Nurul g ke hulu ke hilir.

      Cuma bro takut je.

      Sebab Nurul dok ikut bro memanjang, Nurul macam tiada life pulak he..23x

      Lain la bro bayar gaji kan he..23x

  8. bukan senang org nak ajak kita joint even dari beribu2 org. so bagila komitment. tq pada bro sbb bagi nama ila utk fitst event kat hilton. event pertama mmg kita ingat sampai bila2. punyalah semangat mlm tue jugak bagi link post. pastu 2,3 hari tunggu takde reply. ila msg pulak takutla emel ila msuk spam ke..

    alhamdulilah lepas beberapa kali amend baru boleh publish dgn current date. semua coment client ila betulkan. mmg pengalaman yg best! baru tau bukan senang nak buat advertorial post. ila happy kalu dapt join event lagi! and cuba bagi full comitment.

    best bilada dapat 2 advert post. satu pg event, satu lagi cuma review based dari info yg diberi.. tq bro!!!

  9. Mungkin mereka ingat pergi event macam pergi jalan2 cari kawan/makan.Adeh..lah..bagus bro luahkan cepat,supaya ada yang beringat.

  10. bro dah sharing.. tapi blogger yang dpt peluang tak reti nak hargai..
    Apapun, harap bro tak kecil hati.. dan tak mau try blogger lain plak…

    1. Bro susah nak kecik hati. Cuma kadangkala macam terasa juga bila ade blogger yang perli-perli bro dibelakang.

      Bro tak kisah korang blogger popular ke, retis ke, hingusan ke, if nak bro tolong, bro akan tolong. Kecuali kalau anda blogger nak retired. Rugi je bro tolong dorang retired.

    1. Bro tak minat nak tapis-tapis.

      Senarai wajib jemput memang bro dah ada. Cuma dalam masa yang sama kena ada senarai blogger lain yang ingin turut serta.

      Baru meriah dunia blogging nie kan.

      Masing-masing dapat perluang dengan bro

    1. terasa..

      manusia nih bila ada peluang tak hargai.
      dah diberi peluang tak hargai.
      bila takde peluang minta..tercari-cari.

      yang beri peluang pun sama.
      nak beri peluang pun tengok la orang..kan?

      tapi yelah..
      manusia mana yang sempurna kan?

      belajar dari kesalahan aje lah kita ye..?

      :)

  11. moga bro terus2an sukses…aamiinnn…akak rajin jer terjah blog bro ni…nak pegi event memang belum rajin lagi lah…maklumlah dah tak brapa muda jadi tahap kelaratan ni dah agak menurun….

  12. sebabtu eden byk tolak pi event2 ni…kalau tak boleh commit better takpi..plus, tak suka juga pergi event yang sekadar menpergunakan bloggers tapi yang blogger dpt hanyalah ole2 tak sampai rm10..better duduk di rumah bermain ngan anak2..lebih produktif…

    1. Aku yg xleh commit ni mmg awal2 dah tolak nk join semua event2 ni. Apapun dalam hal ni, kalau diri dah ada nama, boleh la demand. Kalau rasa its not worth the effort yg penganjur just bagi makan free mmg lebih baik dok umah. Nak pikir transport la parking la dan mcm2 lagi.

      Aku rasa next time better bagi info kepada team yg nk joint event they have to come up with the proper entry. Bila aku pikir2 la, aku pernah pegi event makan2, dan aku tak puas hati dengan respons pemilik restoran yang sgt defensive dgn harga makanan mereka, aku tak buat entry. Lagipun memanb tak ada sebarang syarat yg ditetapkan yg aku kene buat entry.

      Dlm hal melibatkan network yg bro cuba bangunkan ini, bro kene bagitau you expectation, kalau nak harap faham2 sendiri, mungkin hanya separuh jer kot yang beringat apa yg patut mereka buat

  13. Myra teringin nak join event, tapi takut tak reti bg komitmen..

    Harap sesiapa yg dapat jemputan event tu seperti kata Bro, kenala sama2 membantu kan :)

    1. Boleh je nak pergi event under bro.

      Dalam dunia blogging nie. Jangan nak berlagak sombong or merasakan diri dah cukup bagus.

      Berlajarlah berkongsi dengan yang lain.

      Kita sama-sama bangun dan naik

    2. InsyaAllah Bro kalau kena dengan masa, tapi sebabnya dok Penang tu yg susah nak dapat join ha..

      Kalau dok area sana syok sikit ;)

  14. Entri panas dan banyak maklum balas. Harap ulasan yang saya berikan untuk acara yang dijemput oleh bro terdahulu tidak mengecewakan.

    Saya minta maaf kalau kurang bergaul dengan blogger-blogger yang hadir kerana saya lebih beri tumpuan mendapatkan bahan untuk acara yang dihadiri. Itulah cara saya balas kepercayaan yang diberikan.

    Begitu juga dengan menyiarkan entri mengambil masa 2-3 hari. Gambar-gambar acara yang siarkan adalah teliti dipilih dan beri sentuhan foto edit mengambil masa kerana dilakukan satu persatu.

    Walau bagaimanapun dihujung acara saya akan bertegur sapa dengan blogger-blogger yang hadir.

    Kalau minta tarik trafik ia adalah diluar kuasa saya kerana ia bergantung bagaimana kuasa SEO dan indeks oleh Google. Trafik blog saya biasa-biasa sahaja.

    Selama ini saya tidak menerima maklumbalas jika ada maklumbalas negatif dan positif dari pihak penganjur boleh diperbaiki di masa hadapan. Saya beranggapan semuanya baik-baik sahaja.

    Permohonan maaf keatas kekurangan dan kelemahan berpunca daripada saya. Cuma tidak sedap didalam kegembiraan ada kedukaan. Ibarat rumah siap pahat berbunyi.

  15. ..blogger ke event sebenarnya untuk buat coverage. Bagi saya yang tinggal di kota kinabalu ni, melihat banyaknya event di semenanjung terasa blogger di area situ sungguh bertuah sebab dapat membina hubungan baik dengan kebanyakan syarikat dan berpeluang jumpa dengan wakil media in real time, bukan melalui email, twitter atau FB. Itu satu perkara yang harus disyukuri.

  16. Satu je yang Jay nak katakan..Kalau korang tiada komitmen utk buat pasal event yg korang pergi or di ajak pergi baik takyah pergi..dalam apapun bidang yg kita ceburi,perkara pertama yg paling penting adalah komitmen tu..kalau tiada confirm kerja entah ke mana,fikiran entah kemana..

    Setuju dgn kata2 bro tu.

Leave a Reply to ju Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *