You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kerja Dan Wang Bukan Segala-galanya

17,456,142 total views, 8,611 views today

Kerja Dan Wang Bukan Segala-galanya

Terbaca dalam paper hari ini,

Dimana pelakon dan pelawak, Zizan Abdul Razak atau Zizan (Raja Lawak) menyatakan bahawa dia tidak seharusnya terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan dirinya jatuh sakit.

Baru-baru ini beliau dimasukkan ke hospital akibat keradangan pada otot baru-baru ini telah menyedarkan dirinya tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Itu baru artis. Yang mencari pendapatan kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Bagaimana pula dengan anda yang kais pagi hujung bulan baru dapat gaji? Kesihatan perlu juga di uatamakan. Jangan paksa diri sehinggakan memudaratkan kesihatan anda.

Bro teringat kata-kata timbalan pengarah masa bro kerja gomen dulu.

“Jangan paksa diri, kalau jatuh sakit bukannya si Datuk nak datang melawat”

Memang betul katanya, alhamdulillah projek international itu berjalan lancar dan bro terus amik cuti seminggu.

Bukan nak berehat tetapi bro ada final exam pada minggu tersebut.

Bagaimana pula dengan anda?

Sabtu dan Ahad masih belum mencukupi untuk anda menerima rehat yang secukupnya. Berehat bukan dimaksudkan dengan hanya berbaring di rumah.

Ianya merangkumi fizikal, jasmani, rohani dan emosi.

Dan bro memilih cara berehat dengan mendekati alam.

Bagaimana pula dengan anda?

Salah satu gambar semasa aktiviti White Water Rafting bersama Bloggers.

Bicara Bro : Bro macam nak cari projek yang boleh bawa blogger enjoy aktiviti sebegini.

Dalam masa yang sama mengeratkan hubungan sesama blogger.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

36 thoughts on “Kerja Dan Wang Bukan Segala-galanya

    1. itu part yang paling best.. nak lagi best…

      request la yang bot tue terbalik.. ok ape.. enjoy je berenang2 dalam sungai. then pakat reramai betulkan balik bot tue.

      Nak try x?

  1. salam…

    saya selalu ckp kat husband, tak payah kerja sungguh2 sangat, bukan naik gaji.kalau sakit bukan bos mai pun..hehe
    suami ckp kena bersyukur baru gaji berkat.adeh…

    padahal merajuk tak jadi pergi bercuti kat pulau …haha

  2. Oh My hero.. Sian dia.. tulah keje kuat sangat.. Dia ni anak bongsu.. dua org adik beradik jer.. Abg dia keje atas kapal kat laut sana..

    Nak hidup senang di kemudian hari, kena keja kuat skrang ni.. tapi jgn sampai mudaratkan kesihatan plak..

  3. ..kami meminati renang, kerap berenang sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Mendekati air untuk memperoleh ilham, walaupun itu air berklorin di swimming pool di kompleks sukan, tapi tetap air yang menenangkan.

    1. kalau bro cuti sebulan confirm rindu nak komen kat blog bro ni..hehehe..pengomen tegar dah ni..xsah kalau setiap entri terbaru bro xde muka Jay dalam ruangan komen..hehehe

    2. Apa kata jay daftar dengan gravatar.com

      Baru tiap kali komen akan keluar muka jay dekat ruangan komen macam blogger2 lain buat..

      Tapi kena gunakan email yang sama dengan email yang jay guna untuk komen dekat blog bro

      Lepas teu buat tutorial pasal gravatar ek

Leave a Reply

Top