You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Kalau Niat Dah Jahat, Kain Telekung Sahaja Yang Kau Layak Dapat

17,643,607 total views, 4,740 views today

Kalau Niat Dah Jahat, Kain Telekung Sahaja Yang Kau Layak Dapat

Ini kisah benar yang terjadi pada kenalan bro baru-baru ini.

Beliau merupakan mangsa samun dan pecah kereta berdekatan dengan premis taskanya.

Lokasi di Bangi dan dia adalah perempuan. Comel orang tapi telah berkahwin (bro kenal sebelum dia berkahwin).

Seorang usahawan dan mempunyai perniagaan sendiri apa usia yang muda. Memang seorang yang tabah dan kental orangnya

2 Minggu sebelum kejadian, kereta beliau kena pecah. Kali ini juga sama.

Rasanya,

Penyamun tersebut dah aim dia nie lama kot. Sebab selalu mundar mandir berdekatan dengan keretanya didepan premis taska.

Waktu kejadian apa waktu Maghrib.

Mangsa disamun dan dicederakan sebelum handphonenya dirampas. Mangsa melawan sehinggakan penyamun meminta rakannya spanar.

Kalau keadaan mangsa tak lemah time tue, rasanya boleh arwah dibuatnya kena bantai dengan spanar. Sanggup juga si penyamun nak membunuh semata-mata handphone blackberry seketul.

Mangsa sempat berlari masuk ke dalam premis taskanya sambil mengarahkan anak muridnya (yang masih ada di situ) untuk naik ke tingkat atas dan beliau sempat mengintai di cermin untuk mendapatkan no plat motor si penyamun.

Time nie, penyamun tersebut pecah kereta si mangsa.

Mujurlah yang sempat dibawa lari oleh penyamun tersebut adalah………

……

……………

Telekung.

Moga memberi keinsafan kepada beliau.

Korang boleh baca kisah dari mangsa di blog ini.

Bicara Bro : Kalau niat tue dah jahat, tuhan masih lagi memberi perluang kepada hambanya untuk insaf.

Mungkin dengan tersamun kain telekung mampu memberi keinsafan kepada mereka.

Tertiba teringat kisah di asrama ada member plan takutkan budak aspuri dengan menyarung telekung di menakutkan mereka setiap malam.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Kalau Niat Dah Jahat, Kain Telekung Sahaja Yang Kau Layak Dapat

  1. kerana sebiji blackberry sampai sanggup nak cederakan org??ish3..ape nak jadi dunia sekrg ni..moga allah memberi keinsafana pada pencuri,penyamun2 tu..huh..

Leave a Reply

Top