Jalan Surabaya terletak di Jakarta bukan di Surabaya.

Merupakan kawasan gerai menjual barangan antik dari seluruh bumi Indonesia.

Gerai tersusun sepanjang 500 meter berdekatan dengan kawasan kediaman golongan kehormat iaitu dari kerabat bangsawan dimasa lampau.

Banyak barangan antik dijual disini.

Kebanyakan adalah tulen @ original.

Tetapi awas.!!!!

Ada juga yang bukan tulen. Kena pandai tawar-menawar untuk dapatkan harga terbaik.

Antara barangan antik yang menarik perhatian bro.

~ Pistol zaman belanda ~

Apa kebenda pula nie ek?

Macam telefon pun ada. Ish silap bro juga tak tanya pada pemilik kedai.

~ Kamera ~

Ini bukan kamera digital ek :)

~ Pemain piring hitam ~

Mesin taip kot.

~ Topeng untuk menyelam yang digunakan oleh tentera laut US ~

~ Congkak ~

Ini bukan barangan antik ek :)

Dalam banyak-banyak barangan antik yang bro temui,

Parang ini yang menarik perhatian bro.

Parang yang besar dan berat ini merupakan parang yang digunakan untuk berperang oleh masyarakat di Jawa Timur.

Diatasnya terpahat kalimah Quran.


Hulunya terukir harimau bintang.

Harganya Rp 15juta (lebih kurang RM 4k)


Ala….!!!

Gambar terlalu dekat sangat.

Tak apa, boleh juga korang cuci mata tengok muka bro kan he..23x

Bicara Bro : Jalan Surabaya merupakan lokasi yang bro pergi pada hari ke-3 dalam trip travel blog bro di Indonesia bersama Air Asia.

Terima kasih kepada Air Asia kerana sudi menaja travel blog yang bro lakukan ini.