April 26, 2024

Hujan Lebat Petang Tadi Menguji Kesabaranku

Hujan lebat bermula pukul 1 tengahari menguji kesabaran bro.

Hujan yang turun bertemankan ribut petir melanda Kelana Jaya. Begitu juga dengan Ampang, Shah Alam dan Puchong (mengikut maklumat yang diberitahu oleh rakan bro di whatapps).

Pukul 3, bro ada appointment dengan klient yang berminat dengan Projek 100 Bloggers yang bro jalankan.

Seksa memandu dengan kelajuan kurang 60km/j.

Hujan terlalu lebat, jarak penglihatan agak berkurangan. Tetapi lori dan bas yang lalu sebelah seperti tidak menghiraukan kenderaan yang lalu disebelah mereka.

Akhirnya bro sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.

Semasa balik, bro menggunakan Jalan Tun Razak untuk menuju ke Cheras. Itulah jalan yang paling dekat untuk ke sana dari lokasi bro.

Malangnya, sejam lebih bro tersekat di situ dalam jarak kurang 500m.

Time nie memang seksa, mampu menguji tahap kesabaran dan daya menahan bro.

Terjeling-jeling juga botol dekat sebelah.

Sambil jeling-jeling tue, sempat juga bro usha kiri dan kanan termasuk belakang untuk memastikan keadaan lineclear untuk meneruskan operasi mustahil bro ini.

Tetapi terpaksa juga bro batalkan apabila kiri kanan lori dan bas yang menghimpit, sure dorang akan nampak apa yang bro lakukan.

Nampaknya botol tersebut bernasib baik hari ini.

Bila sampai ke Cheras, lokasi pertama yang bro cari adalah stesen minyak.

Alhamdulillah,

Perkara paling nikmat dapat bro kecapi, apabila dapat membuang air kecil selepas 2 jam setengah menahan sepanjang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Bicara Bro : Terowong Smart ditutup sepenuhnya. Beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air.

Bro rasa, kerajaan perlu mencari alternative terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas walaupun terowong Smart ditutup.

Ke tiada sesiapa yang mampu fikirkan perkara ini sebelum projek ini di sign?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Hujan Lebat Petang Tadi Menguji Kesabaranku

    1. haritu dah penah skali……..duk menahan tp bukan sbb jem….sbb tk tahu nak cari toilet kt ne…shell dah ttp…then dgn laju nye , singgah rnr.

  1. tak tahu di mana silapnya sampai boleh jadi macam tu punyer teruk..sabar bro…menguji kesabaran tu..botol mesti sentiasa standby yer bro disaat2 kecemasan botol tu mmg penting buat lelaki..hahaha

  2. sesekali memandu perlahan akan menguji kesabaran.. tahan kencing memang tak baik.. kalau dalam jamm.. nak buat macam mana kan.. terpaksa tahan jugak..

    1. Time tue memang bro dah sakit kepala dah.. urat2 dekat peha pun dah tegang dibuatnya…

      air cond kejab on kejab off..

      turun kereta je.. kaki macam cramp je

Leave a Reply to puteri kasih Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *