Hujan lebat bermula pukul 1 tengahari menguji kesabaran bro.

Hujan yang turun bertemankan ribut petir melanda Kelana Jaya. Begitu juga dengan Ampang, Shah Alam dan Puchong (mengikut maklumat yang diberitahu oleh rakan bro di whatapps).

Pukul 3, bro ada appointment dengan klient yang berminat dengan Projek 100 Bloggers yang bro jalankan.

Seksa memandu dengan kelajuan kurang 60km/j.

Hujan terlalu lebat, jarak penglihatan agak berkurangan. Tetapi lori dan bas yang lalu sebelah seperti tidak menghiraukan kenderaan yang lalu disebelah mereka.

Akhirnya bro sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.

Semasa balik, bro menggunakan Jalan Tun Razak untuk menuju ke Cheras. Itulah jalan yang paling dekat untuk ke sana dari lokasi bro.

Malangnya, sejam lebih bro tersekat di situ dalam jarak kurang 500m.

Time nie memang seksa, mampu menguji tahap kesabaran dan daya menahan bro.

Terjeling-jeling juga botol dekat sebelah.

Sambil jeling-jeling tue, sempat juga bro usha kiri dan kanan termasuk belakang untuk memastikan keadaan lineclear untuk meneruskan operasi mustahil bro ini.

Tetapi terpaksa juga bro batalkan apabila kiri kanan lori dan bas yang menghimpit, sure dorang akan nampak apa yang bro lakukan.

Nampaknya botol tersebut bernasib baik hari ini.

Bila sampai ke Cheras, lokasi pertama yang bro cari adalah stesen minyak.

Alhamdulillah,

Perkara paling nikmat dapat bro kecapi, apabila dapat membuang air kecil selepas 2 jam setengah menahan sepanjang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Bicara Bro : Terowong Smart ditutup sepenuhnya. Beberapa lokasi di ibu kota dinaiki air.

Bro rasa, kerajaan perlu mencari alternative terbaik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas walaupun terowong Smart ditutup.

Ke tiada sesiapa yang mampu fikirkan perkara ini sebelum projek ini di sign?