You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Filem Romantik Komedi Muzikal “Aku Ada Kau Ada”

17,434,433 total views, 2,098 views today

Filem Romantik Komedi Muzikal “Aku Ada Kau Ada”


Baru-baru ini bro dijemput ke majlis pra-tonton dan sidang media filem “Aku Ada Kau Ada” di D’Curve, Damansara.

Filem ini hasil produksi Pencil Pictures Sdn Bhd yang bergenre romantik komedi arahan Rahila Ali.

Dan ini merupakan filem pertama arahan beliau dimana sebelum ini beliau banyak mengarahkan drama, muzik video dan program hiburan selama 15 tahun.

Filem ini dibarisi oleh 2 bintang yang serasi bersama iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin.

Ia juga turut dibarisi oleh Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Shiela Mambo dan Siti Chubby.

Turut sama, memperkenalkan pelakon baru iaitu Wanna Ali dan Sufian Ali (Eh adik beradik ke nie)

Produksi ini juga menjalinkan kerja sama dengan Kementerian Perlancongan Korea untuk mempromosikan produk pelancongan Korea.

Sinopsis Filem “Aku Ada Kau Ada” dari Bro Framestone

Filem ini mengisahkan dua pelajar iaitu Tina lakonan Yana Samsudin & Nordin lakonan Shaheizy Sam yang sering mempunyai masalah setiap kali bertembung antara satu sama lain.

Tina menghantui hidup Nordin dari kecil akibat dibuli. Ini menyebabkan Nordin akan rasa nak pitam dan muntah-muntah tiap kali bertembung dengan Tina.

Manakala Tina pula, pantang bertembung dengan Nordin. Pasti ianya akan membuatkan dia rasa nak marah dan mengamuk bila teringat si Nordin selalu memerli rambut keritingnya.

Sesuatu yang menarik terjadi pada mereka berdua apabila mereka digabungkan dalam satu kumpulan untuk menjayakan persembahan muzikal dimana ianya merupakan projek khas untuk pelajar tahun 2 di kolej tempat mereka berlajar.

Dalam sedar tak sedar, cinta hadir antara mereka berdua.

Bagaimanakah cinta mereka dapat diluahkan?

Ye la… Sorang pemarah dan pantang nampak si Nordin nak berkata-kata. Dan sorang lagi pantang nampak si Tina pasti rasa nak pitam dan muntah-muntah.

Saksikan ia dipawagam berhampiran anda pada 24 Mei 2012

Gambar sekitar pengambaraan Filem “Aku Ada, Kau Ada” di Korea




Trailer Filem “Aku Ada Kau Ada”

Sedikit maklumat berkenaan filem ini:

Arahan : Rahila Ali
Pelakon : Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli
Genre : Muzikal Romantik
Tayangan : 24 Mei 2012

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Filem Romantik Komedi Muzikal “Aku Ada Kau Ada”

  1. mesti gempak dua pelakon gah tu memainkan peranan…kat Korea plk tuh..view npk cantik sangat, cuti skolah ank2 sure mintak tgk wayang punya lah…

    1. demi isterinya yang tercinta nih dia akan
      teman juga..
      kalau dah isterinya pun sanggup teman dia
      pi tengok wayang fight2 tu..
      🙂
      takkan dia sampai hati tak mau bawa isterinya
      pi tengok cerita romantik melentik cam gini kan..?
      🙂

  2. nak tgok nak tgok nak tgok…grrrrrrr..geram tgok Yana yg comel tu..tapi Artis yg sorang tu tetap dalam hati ini..:p

  3. Buat shooting sampai kat Korea ye?Bolehlah..tapi aku memang kurang gemar dengan filem cinta Malaysia buat masa ni.Masih kurang matang.Nak kata kos terhad tak juga.Aku pernah tengok filem hollywood kos rendah tapi boleh buat lelaki menitiskan air mata(or at least can feel it).

Leave a Reply

Top