March 29, 2024

Cameron Valley Comes To Bangsar

Siapa kata, jika anda nak dapatkan teh terbaik dan berkualiti, anda perlu pergi ke Cameron Highland?

Rasanya tak perlu jika anda hanya peminat teh. Dan bukannya seorang yang suka berjalan sambil melancong di sana. Menikmati kehijauan ladang teh sambil menghirup secawan teh.

Bagaimana jika bro katakana disini bahawa anda tidak perlu naik ke Cameron Highland dimana anda boleh menikmati tehnya di Bangsar.

Kenapa Bangsar?

Kerana di Bangsar terletaknya Cameron Valley dimana mereka menyediakan teh yang mereka proses sendiri untuk dihidangkan kepada anda.

Disini anda boleh melihat berbagai jenis teh yang mereka hasilkan bagi anda yang merupakan peminat teh.
Rasa untuk setiap teh yang dihidangkan juga berbeza.


Selain teh, terdapat beberapa hidangan yang sesuai dimakan bersama teh kegemaran anda.

Tetapi, itu bukan menu utama di sini.

Kalau anda rasa ingin breakfast atau launch di sini. Meh bro cadangkan menu terbaik untuk anda?

Peringatan : Menu ini bukan menu yang dicadangkan oleh kedai ini. Ini merupakan salah satu menu yang bro order dan bro rasa sesuai untuk dikongsikan dengan anda semua.


Scrambled Eggs

Dimana anda boleh memilih topping yang sesuai untuk anda.

Sesuai untuk breakfast.


Wild Mushroom Doughnut Sandwich.

Ini Doughnut, bukan Burger.


Marinated Salmon Fillet with Green Pea Mash & Grilled Capsicum


Garlic Flake Seafood Salad

Jika anda rasa ianya masih belum memenuhi selera anda.

Jangan risau, menu tetap disediakan untuk anda. Anda boleh pilih mana yang berkenan dengan selera anda.


Lama juga bro selak menu,

Banyak yang menarik perhatian dan selera Bro.


Beginilah suasana dalam premis mereka. Menarik bukan?

If nak dating atau makan berdua bro memang sarankan anda datang ke sini.

Tetapi ini masih belum menarik perhatian bro,

Yang betul-betul menarik perhatian bro adalah……


Ops….!!! Bukan si gadis itu.

Tetapi gelas yang mereka gunakan untuk menghidang teh yang sejuk.

Comelnya bentuknya.

Sekiranya anda ingin datang dan merasai sendiri hidangan dan juga teh dari Cameron Valley. Anda boleh datang ke alamat ini.

CAMERON VALLEY TEA CAFE
NO. 28, JALAN TELAWI 5
BANGSAR BARU, KL
TEL: 03-2202 2155

Waktu Operasi : 10AM – 10PM

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman facebook mereka di http://www.facebook.com/CameronValley/info

Bicara Bro : Ada plan macam nak pergi Cameron Highland tahun ini.

Kot-kot ada sesiapa nak bawa bro ke sana :) Nak perkena teh sambil menikmati pemandangan disana.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Cameron Valley Comes To Bangsar

    1. bukak November lepas – memang sedap hidangan mereka – pelbagai jenis teh dihidangkan, dan laman FB mereka cukup aktif dengan promosi-promosi menarik. jadi fan memang berbaloi – ada FB fan deals dan macam macam

  1. sampai hati bro letak gmbr mknan best kt sini..tgh pose nie..huhu.tak sabar tunggu travel blog 3 tempat menarik air asia bro 6t…yes!!!

  2. Kalau kat sabah ni ada dua tempat yg wajib pegi..satu ladang teh yg menghasilkan prosuk Sabah tea dan satu lagi kilang kopi di Tenom..:)

Leave a Reply to akhiyy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *