You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Bukan Niat Nak Boikot GSC Alamanda

17,419,059 total views, 880 views today

Bukan Niat Nak Boikot GSC Alamanda

Baru-baru ini Bro ada update status di facebook dan juga di twitter mengenai isu boikot GSC Alamanda.

Bukan berniat nak jatuhkan atau mengatakan bahawa bro tidak berpuashati dengan bro.

Kami sebagai pelanggan, tetap tahu apa masalah yang anda hadapi dan perkara ini menyulitkan anda menjalankan perniagaan seperti biasa.

Masalah sistem penghawa dingin memang sesuatu yang kita tidak dapat nak elak.

Tindakan yang pihak anda ambil merupakan langkah terbaik. Dengan meletak note peringatan di pintu masuk dan juga di kaunter tiket untuk memberitahu pelangan bahawa GSC Alamanda menghadapi permasalahan pada penghawa dingin.

Dan keadaan di dalam Hall terlalu panas dan mungkin kurang selesa kepada semua pelangan.

Mungkin anda juga ingin berikan service yang terbaik kepada pelanggan anda.

Cuma Bro terkilan sesangat.

Sebab bro teringin nak bawa ahli keluarga bro yang bersusah payah datang dari Perak untuk habiskan masa bersama. Dan dalam perancangan kami, Bro ingin membawa mereka menonton wayang.

Ibu bapa bro dah lama tak tengok wayang.

Last pun masa mula-mula bercinta dulu, sebelum berkahwin.

Memang nampak tercalit kefrustan pada muka kami semua. Terutama ibubapa Bro. Kami semua cuba yang terbaik untuk menceriakan hari ibu walaupun ianya terlewat sehari.

Cuma waktu itu, merupakan waktu kami semua bersama. Adik beradik berkumpul, menantu dan bakal menantu juga turut serta.

Sekiranya pihak GSC ada membaca blog ini. Saya mewakili blog Broframestone.com ingin meminta maaf diatas keterlanjuran status di twitter dan juga facebook. Kami juga adalah pengguna.

Dan GSC Alamanda merupakan salah satu lokasi yang kerap Bro lawati.

Bicara Bro : Tak semua yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar.

Tak semua yang berjalan lancar adalah sesuatu yang kita rancang. Semuanya kerana Allah swt.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

40 thoughts on “Bukan Niat Nak Boikot GSC Alamanda

    1. sy pekerja gsc alamanda

      masalah air cond tidak berfungsi adalah masalah teknikal dr pihak alamanda bukan pihak gsc alamanda,,,,

  1. dah lama boikot gsc.
    bukan kat alamanda kat mana pun lah.

    staff tak mesra pelanggan.
    kerusi tak best.
    aircond..?

    huh tak payah cakap la.
    bukan sekali kena kat alamanda tu.

    gsc nak kecik hati?

    abih kita yang bayar duit untuk tiket nih tak boleh nak komplen?

    dah tau aircond rosak , jgn la jual tiket.
    repair dulu.

    bukannya diorang takde duit.

    1. Adeh… jangan la nak emo-emo dekat blog bro huhuhu

      Memang elok tutup kaunter… tak pun tutup terus, dari buka dan terus mendapat kritikan dari pengunjung

    2. salam

      bermacam komen yg sy baca disini ada yg mnyokong ada yg mngkritik. untuk pengetahuan masalah aircond tidak berfungsi merupakan masalah dr pihak pengurusan alamanda, memang notis telah diberikan dan mengapa pihak kami tidak menutup terus kaunter adalah kerana terpulang kepada pengunjung untuk terus tonton atau tidak dan bg pembeli yg membeli tiket secara online “refund” boleh dilakukan sekiranya mereka dtg pd hari kejadian.

      masalah air cond tidak berfungsi adalah masalah teknikal dr pihak alamanda bukan pihak gsc alamanda,,,,

  2. xper bro…sabar ye..setuju dgn kata bro juga..sebab kita sebagai seorang pengguna ada hak juga aku bgtaukan..hope pihak berkenaan dapat selesaikan masalah2 itu..

  3. selalu jugak tengok wayang kat alamanda.. dulu aircond dia memang sejuk tahap peti ais.. tapi skrg ni kadang2 sejuk gitu2 je.. masa aku layan the avengers hari tu pon tak berapa sejuk sangat aircond dia.. jadi rasa kurang selesa nak tengok wayang..

    1. Harapnya macam tue la kan….

      Entry ini dah lebih dari 600 views since dipublishkan pagi tadi…

      Hope dalam 600 tue ade yang boleh sampaikan pada pihak GSC

Leave a Reply

Top