April 20, 2024

Tunjuk Bakat Anda Di Youtube To You Live Sing Off


Baru-baru ini bro dijemput ke Laundry, D’Curve Kota Damansara untuk majlis sidang media projek “YouTube To You Live Sing Off”

Melalui projek ini, mereka yang mempunyai bakat boleh mencuba nasib sama seperti artis-artis youtube di luar sana.

Fenomena artis yang lahir dari platform Youtube bukan sesuatu yang luar biasa. Ini kerana asrtis yang lahir mampu memberi impak besar terhadap industry muzik negara mahupun antarabangsa.

Contoh yang jelas kita dapat lihat seperti Yuna dan Najwa Latif.

The YouTube To You Love Sing Off ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan suka menyanyi.

Apa yang anda perlu lakukan, hanya merakamkan nyanyian anda melalu webcam mahupun kamera anda sendiri. Kemudian hantar rakaman anda ke fb.com/laundrybar.

50 Penyertaan terbak akan direview dan undian secara online akan dibuat untuk memilih 10 yang terbaik. Dan mereka dikehendaki mengadakan persembahan di Laundry untuk memilih top 6 dan persembahan ke-2 untuk memilih top 3.

Juri untuk pertandingan ini adalah The Azenders, An Honest Mistake, Liyana Fizi dan Pesawat.


Farriz – manager of The Azenders, Jipie – Pesawat, Darrin Lin – Chief Creative Director of Chaswood Resources Group of Restaurants, Leonard – An Honest Mistake

Tidak kisah anda merupakan penyanyi solo, berkumpulan atau mempunyai band sendiri. Semuanya dijemput menyertainya.

Hadiah utama merupakan wang tunai RM 5,000, baucer Laundry bernilai RM 1,000 dan perluang untuk mengadakan persembahan secara langsung diatas pentas sempena “Live Concert” di laundry pada bulan Julai nanti.

Anda boleh menghantar penyertaan anda pada 23 April hingga 14 Mei 2012.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

34 thoughts on “Tunjuk Bakat Anda Di Youtube To You Live Sing Off

  1. kalao la tyka pandai menyanyi.. memang nak masuk.. tapi nak buat cemane.. pandai nyanyi lagu twinkle twinkle little star je.. he he

    1. Time nie tak.. sebab bro hanya bawa hp je dan bro datang sensorang…

      Gambar semua nie atas ehsan penganjur.. Sebab bro dapat invitation last minit

    1. Jay ada buat dah tp Jay post kat fb je utk suka2..hehehe..kalau bro sudi tgoklah kat fb jay..ade kat video tu..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *