You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Tanah Kubur : Amanah Menjaga Anak Yatim Piatu

17,434,452 total views, 2,117 views today

Tanah Kubur : Amanah Menjaga Anak Yatim Piatu

Bro baru selesai menonton episod tanah kubur minggu ini

Ianya mengenai Azman, dimana beliau membela anak arwah akaknya yang merupakan anak yatim piatu.

Boleh dikatakan anak-anak tersebut mendapat sedikit duit hasil sedekah dari masyarakat yang prihatin.

Tetapi orang kampung menganggap si Azman pula menghabiskan untuk kepentingan sendiri.

Semasa meninggal dunia, ramai yang datang melawat semata-mata nak tengok bagaimana jenazah diseksa akibat memakan harta anak yatim.

Ini kerana satu kampung tahu yang dia terang-terang makan harta anak yatim.

Ini mengaibkan jenazah si Azman

Tetapi akibat kebesaran Allah, jenazahnya berbau harum dan tiada sebarang bala diturunkan kepadanya. Sedangkan semasa hidupnya beliau amat garang dan pemarah kepada anaknya sedaranya itu.

Rupanya sebelum beliau meninggal dunia akibat barah usus,

Si Azman rupanya menguruskan harta peninggalan arwah akaknya dan dalam masa yang sama berusaha mengantikan harta yang pernah dia gadaikan.

Dalam masa yang sama beliau menyimpan duit yang cukup untuk mengubati dirinya, tetapi beliau tidak menggunakannya semata-mata mahu menyimpan untuk anak sedaranya yang yatim piatu.

Bicara Bro : Tanah kubur minggu ini memang banyak pengajaran yang disampaikan.

Paling penting, jangan bersangka buruk terhadap seseorang yang kita nampak kejahatannya. Sebab ada juga insan yang melakukan kebaikan tanpa menunjuk kepada orang lain.

Bro rasa bersalah sangat pernah melukai seorang anak yatim yang pernah bertatah di hati bro.

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

18 thoughts on “Tanah Kubur : Amanah Menjaga Anak Yatim Piatu

Leave a Reply

Top