April 25, 2024

Senyuman Mu Padaku Masih Sama Seperti Dahulu

Senyuman mu pada ku sama seperti dahulu.

Tiada bezanya.

Ketibaan aku diperkarangan rumah keluarga mu, membuat degupan jantungku tidak keruan.

Kali terakhir berjumpa mu, 2 minggu sebelum puasa. Itupun puasa tahun lepas. Kau mahu aku layan dikau istimewa dihati ku.

Mestipun kau tau aku dan kau tak mungkin bersama.

Akhirnya kau yang langsung dulu sebelum aku. Aku redha, kau menyepi selama ini demi kebaikan kita bersama.

Tadi,

Kau lalu didepanku.

Kau senyum terhadapku. Kau bertanya “Meh sini, kita isikan nasi untuk awak”

Sejuk hati mendengarnya.

Lalu aku bertanya, “Apa cerita sekarang? Lama menyepi?”

“Dah nak masuk 3 bulan,” balas dirimu.

“Tahniah,” itu sahaja yang mampu aku ucapkan.

Bicara Bro : Diharap kau sudi mendoakan kebahagian buat diriku juga.

Nanti jemputlah aku datang, insya’lah aku akan datang lagi.

Kredit pic : Ruzz Ezzanie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Senyuman Mu Padaku Masih Sama Seperti Dahulu

    1. Tak payah sedih pun…

      Pilihannya adalah yang terbaik untuk dia… Engineer kapal terbang… Dia pulak lecture…

      Bro pula..?? hanya seorang blogger :(

  1. biar kita sudah tidak bersama tetapi memori yang kita cipta bersama akan ku pahat di hati hingga ke nafasku yang terakhir..aduh….dah berjangkit plak..tgok dah kluar ayat2 puitis ni..:)

Leave a Reply to rainbowcloudy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *