You are here
Home > Iklan > Review Nakal Buat Aloy Paradoks

17,432,376 total views, 41 views today

Review Nakal Buat Aloy Paradoks

Bro..!!

Aku menoleh, mencari dari mana datangnya suara yang tak seberapa nak manja.

Kacau stim betul la, tak boleh ke nak tengok aku senang memerhati awek-awek yang memperagakan baju. Ketat dan sentap, tetapi mampu memenuhi ruang mataku.

Rezeki-rezeki.

Pada mata sahaja. Akaun dosa mencurah-curah dipenuhi dengan dosa duniawi “percuma” yang mereka berikan.

Kata orang, sekali pandang itu rezeki.

Bila masuk 2x, dah dinamakan dosa. Ok, Fine…!! Disebabkan suara “tak manja” itu, aku terpandang dua kali.

Aku memerhatikan makhluk bersuara “tak manja” berdiri kaku bajet aku nak bergambar dengan dia.

Oh Aloy Paradoks rupanya.

Rajin kau tegur aku? Dah la masa launching kenakalan kau tak ajak aku. Kau ingat muka aku suci sangat ke?

Sambil aku mengomen dalam hati, mata aku terlirik pada sesuatu di tangan kanannya. Bukan madu, bukan racun, tetapi kenakalannya – Buku Nakal.

“Bro, aku nak kau sebarkan kenakalan aku. Aku tahu blog kau ramai orang baca”

“Memang betul blog aku ramai orang baca.

Tapi mereka semuanya baca kenakalan aku, buat apa aku nak hidangkan kenakalan orang lain. Susah aku nak cari makan”

“Aku tau bro, kau lebih nakal dari aku. Tapi buku ini lagi nakal dari kau. Ada kisah kau dalam buku ini.”  ha ha ha (gelak jahat dari Aloy)

Apa….!!!!!

2-3 malam aku membelek buku ini.

2-3 kali juga aku membaca, tiada satu pun kenakalan aku tercalit di sini.

Siapa Chaterine? Siapa Angel? Ini gadis mana pula?

Kenangan 35 tahun dahulu? Aku tidak terlalu tua untuk memperingati peristiwa 35 tahun dahulu.

Apa kaitan Keropok Bawang dengan DJ Radio yang dilaporkan hilang?

Nak tahu lebih lanjut, dapatkan Buku Nakal dari Aloy Paradoks.

Bicara Bro : Fuhhhh…!!! Cerita kenakalan aku masih belum dibukukan.

Bro syak, si Aloy nak tujukan buku ini kepada pembaca blog bro. Mungkin kenakalan anda dicoret untuk tatapan pembaca buku ini.

Pssssttt…!! Ada part seperti ditujukan kepada bro. Hampir menitiskan air mata bila mengingatinya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Review Nakal Buat Aloy Paradoks

Leave a Reply

Top