Modenas (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.) telah melancarkan model motosikal moped terbaharunya iaitu Modenas Ace 115.
Motosikal empat lejang itu mengambil masa 24 bulan untuk dibangunkan.
Reka bentuk Modenas Ace 115 kelihatan seperti sebuah skuter terutama pada bahagian hadapan.
Roda hadapan dan belakangnya menggunakan rim sport bersaiz 16 inci.
Selain itu,
Ekzosnya pula lebih panjang dan bersegi.
Antara ciri baharu yang diadaptasi ialah sistem suspensi belakang jenis tunggal (monoshock).
Ianya dipasang enjin 120cc berasaskan teknologi Kawasaki dan dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan sistem berputar.
Model ini dilengkapi dengan tangki petrol berukuran 5.3 liter mampu merekodkan jarak perjalanan sehingga 250 kilometer (km) pada kelajuan purata 80km sejam (km/j).
Model ini direka dan disasarkan kepada pelanggan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Harga yang ditawarkan pada RM4,600 seunit dan Ace 115 didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu merah dan putih.
Bro suka warna merah :)
Orang kuat disebalik tabir yang mendesign dan mereka rupa bentuk ACE 115.
Dan ini pula,
Gambar bro bersama Modenas ACE 115. Ada nampak macam duta Modenas x?
Bicara Bro : Terima kasih kepada pihak Modenas kerana sudi menjemput bro menjadi salah seorang media untuk test ride Modenas ACE 115
Jika ada lagi, jangan lupa jemput lagi.
boleh tahan bro..saya cdgkan modenas ambil bro jadi duta pulak utk produk terbaru nt..hehehe
Harap macam tue la…
Tapi duta Modenas ACE 115 sekarang nie – Along Raja Lawak
Modenas murah tapi tak laju. huhihu
Mungkin mereka reka bukan untuk kelajuan :)
design da smart da bro..tapi modenas susah sikit nak cari alat ganti…sbb mmber sy ada pakai GT128…mmg susah nak cari kedai yg jual spare part…
Mungkin buat masa sekarang, akan datang kita xtau kan..
Mungkin Modenas akan keluarkan banyak alat ganti untuk model ini.
Sebab target customer agak meluas berbanding model yang lain…
Tak ape, nanti ada pihak Modenas akan baca komen mu nie :)
Hope akan diambil perhatian oleh pihak mereka
harap2 mcm tu la kan bro…:D
saya suka design ni, cuma macam agak terlalu kosong la tanpa sticker yg banyak
perghh smart gile. baru buka entry ni..hahaha
kalau faz ada lesen moto n pandai bawak moto , dah beli moto je, jimat. nnti dah ada suami , amik la kete dia.hahaha
eh… risau terlanggar divider je nanti
perli ke apa ni !!!
Nak 1 boleyh? mlm minggu leh remp-it
Bro masih belum amik lagi dari Modenas…
Dapat sebiji… tapi pinjam je la ek
Saiz tangki minyak pun besar kalau saya guna Modenas ACE 115 ini boleh bertahan 2 hari. Tidak perlu isi minyak hari-hari.
kat pahang ni dah jual dah ke motor ni…kalau ada saya nak g tengok…