Modenas (Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.) telah melancarkan model motosikal moped terbaharunya iaitu Modenas Ace 115.

Motosikal empat lejang itu mengambil masa 24 bulan untuk dibangunkan.

Reka bentuk Modenas Ace 115 kelihatan seperti sebuah skuter terutama pada bahagian hadapan.

Roda hadapan dan belakangnya menggunakan rim sport bersaiz 16 inci.

Selain itu,

Ekzosnya pula lebih panjang dan bersegi.

Antara ciri baharu yang diadaptasi ialah sistem suspensi belakang jenis tunggal (monoshock).

Ianya dipasang enjin 120cc berasaskan teknologi Kawasaki dan dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan sistem berputar.

Model ini dilengkapi dengan tangki petrol berukuran 5.3 liter mampu merekodkan jarak perjalanan sehingga 250 kilometer (km) pada kelajuan purata 80km sejam (km/j).

Model ini direka dan disasarkan kepada pelanggan yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Harga yang ditawarkan pada RM4,600 seunit dan Ace 115 didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu merah dan putih.

Bro suka warna merah :)

Orang kuat disebalik tabir yang mendesign dan mereka rupa bentuk ACE 115.

Dan ini pula,

Gambar bro bersama Modenas ACE 115. Ada nampak macam duta Modenas x?

Bicara Bro : Terima kasih kepada pihak Modenas kerana sudi menjemput bro menjadi salah seorang media untuk test ride Modenas ACE 115

Jika ada lagi, jangan lupa jemput lagi.