You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Peranan Belia Sebagai Sukarelawan Siber

17,680,681 total views, 1,808 views today

Peranan Belia Sebagai Sukarelawan Siber

Belia dikategorikan dari kalangan mereka yang berumur 18-40 tahun.

Banyak usaha telah dijalankan oleh kerajaan ataupun badan NGO dalam memperkasakan golongan belia yang sedia ada di Malaysia.

Bro hanya ingin menyentuh isu kesukarelawan yang diterapkan dikalangan belia masa kini.

Tidak dinafikan bahawa perubahan sekeliling mempengaruhi belia yang sedia ada dalam memperkembangkan ideologi sukarelawan.

Ramai diantara mereka lebih selesa berada di depan komputer/laptop untuk melakukan aktiviti secara online.

Tidak lupa juga dengan kecangihan teknologi memaksa belia lebih banyak menghabiskan masa dengan hp masing-masing bertemankan facebook, twitter, blog dan sebagainya.

Justeru itu,

Amat sukar untuk melihat penglibatan golongan belia secara besar-besaran sebagai sukarelawan bagi memenuhi keperluan masyarakat masa kini.

Tetapi,

Dengan kewujudan laman sosial yang sedia ada, kita masih berperluang untuk melihat penglibatan belia sebagai sukarelawan siber.

Melalui teknologi ini,

Segala maklumat boleh didapati dihujung jari. Dan semuanya boleh disebarkan dengan hanya satu klik.

Tetapi berapa ramai belia kita yang sudi berkongsi maklumat yang berguna kepada masyarakat?

Asik dengan kisah artis, gosip dan maklumat yang tidak mampunyai bukti yang sahih dan boleh disahkan.

Bro amat hargai usaha sesetengah belia dalam menjaga dan prihatin kepada permasalahan didunia siber. Seperti mangsa buli siber, penyebaran maklumat yang salah dan sebagainya.

Melalui golongan sukarelawan siber, memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan melalui maklumat dan laporan yang disalurkan kepada mereka.

Dengan ini dapat mengurangkan beberapa kes yang mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Sedangkan ianya memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

27 thoughts on “Peranan Belia Sebagai Sukarelawan Siber

  1. GK skrg ni cuba menulis mengenai bidang kerja GK iaitu berkaitan dengan dadah…

    ada beberapa entry telah ditulis antara yang terbaru adalah APA ITU HIV AIDS

    GK fikir apa salahnya kita share something yg orang xtak tau kebetulan plak kerja dalam bidang macam ni.

    Dan cuba teka selalunya entry macam ni tak ramai yg nak membacanya…

    1. Memang xramai orang akan baca.. tapi dari masa ke semasa tetap ada orang yang membacanya…

      Trafik blog bro beribu pun sebab entry bro sebelum ini, masih ada lagi yang baca

  2. Betul tu bro… gunakan platform yg sedia ada, dan secanggih yg ada untuk kebaikan skrg dan utk masa hadapan.. thanks bro. banyak idea dpt bila dapat jumpa bro td..

Leave a Reply

Top