April 25, 2024

Oh! Media Glamorous Night 2012

Salam hujung minggu buat semua.

Minggu lepas bro berkesempatan menghadiri Oh! Media Glamorous Night 2012 yang berlangsung di Saloma Bistro.


Sampai je,

Bro terus kena temubual oleh salah seorang krew Oh! Media yang merupakan kenalan bro.

Jom layan video bro kena temubual (versi bro ek, yang dari kamera mereka belum diupload lagi)


Setiap hadirin yang hadir di beri goodies bag. Jangan tanya bro apa ada dalamnya. Sebab sampai sekarang bro masih tak buka lagi.

Comel awek berbaju kuning ini…. Sampai-sampai terus mata terpaku melihat dia…

Jue Hana namanya :)

Majlis dimulakan dengan persembahan Ninja.

Bro mati-matikan ingat ini persembahan silat. Sebab tak nampak pun seperti ciri-ciri ninja yang bro tahu.

Jangan ingat bro tak tahu pasal ilmu ninja. Buat penat je bro kaji dan baca manga Naruto he..23x

Majlis di serikan oleh 2 pengacara.

Iaitu Aim dan Sisi Azie. Dengan Sisi Azie, dia suka membuli bro di facebook.


So malam ini, dia buli bro di khalayak ramai.

Jangan tanya dia buli bro macam mane ek? Tak rela bro katakan di sini.

Last-last bro try lamar dia atas pentas. Malangnya….!! Dia sudah berkahwin. Eh..!! Awat bro tak tahu nie.

Banyak juga aktiviti yang dijalankan…

Antaranya cabutan bertuah, jualan lelong, persembahan artis etc.

Tapi apa kan daya, bro terpaksa balik awal atas sebab-sebab yang xdapat bro elakkan.

Terima kasih kepada si comel ini sebab sudi jadi partner bro sepanjang malam ini.

Bicara Bro : Bro time tue tengah demam.

Memang nampak buruk lantak juga bila asyik melantak sup ayam. Balik itu memang berpeluh satu badan dan bro terlentang keesokan harinya. 2 event terpaksa bro batalkan hari itu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Oh! Media Glamorous Night 2012

  1. gambar last tu yang boleh tahan..hehehe..bro bile nak kenalkan dengan awek2 comel yg selalu mengelilingi bro kat Jay??hahaha

Leave a Reply to amirnawawi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *