Orang kata,
Lepas kahwin rezeki akan jadi lagi murah.
Kalau korang sokong statement ini, sila like entry ini :)
Bro pernah ajukan permasalahan yang sedang bro hadapi kepada keluarga, kenalan rapat (yang dah berkahwin) dan mereka yang lebih berpengalaman (orang yang tunggu masa nak kahwinkan anaknya).
Jawapan yang bro terima lebih kurang sama.
Berkahwin la
Dengan ini dapat membuka laluan baru dan pintu rezeki dalam kehidupan.
Memang betul jika bro katakan apa yang mereka katakan adalah benar.
“Bro..!! Lu kahwin la, tak elok bawa anak dara orang ke hulu ke hilir sampai lewat malam,” Kata rakan blogger Azfar Roslan.
Masalah bro simple, bukannya berat mana. Cuma terasa seksa.
1. Tempat tinggal.
Bro sekarang ini masih lagi menyewa di rumah sewa yang sama since 2005. Sewa pun mahal cuma bro jarang berada di rumah.
Kenapa bro perlu bayar sewa yang mahal sedangkan bro hanya berada di rumah untuk tidur. Tengok Astro dalam sejam dua sehari, Online if ada masa. Mandi sehari sekali dua sahaja dan membasuh baju dihujung minggu.
Kadangkala bro tidur dalam kereta je.
Mungkin jika bro berkahwin.
Tempoh masa bro habiskan di rumah lebih banyak :) Mandi pun maybe banyak kali he..23x
2. Kewangan
Bro akui, semua orang ada masalah kewangan.
Terus terang bro nyatakan di sini. Pendapatan bro hanya datang dari blog. Itu la pendapatan bro tiap2 bulan. Jika ada tue, ada la. Jika tiada?
Tak akan nak mintak dengan ibubapa pula.
Makan, pakai pun tak terjaga. Sian tengok mak bapak bro tengok nasib anak dia yang rela stop kerja gomen semata-mata nak jadi blogger.
Mungkin jika sudah berkahwin, pintu rezeki di buka. Banyak syarikat berminat dengan blogger parenting (So kena cepat2 buat anak ini)
Tahun ini, ramai kenalan blogger bro dah ada anak.
Rezeki rakan blogger bro – Ben Ashaari bertambah murah selepas kelahiran anak sulungnya.
3- Agama
Bro akui, kekadang bro agak sosial dan sembahyang pun entah ke mana.
Mungkin lepas berkahwin, bro akan lebih menjaga batas pergaulan. Fikir halal haram dalam memberi nafkah kepada keluarga.
Dan akan jadi lebih bertanggungjawab, selalu mengimamkan solat bersama isteri dan anak -anak.
Paling penting, mendalami ilmu agama untuk kesejahteraan keluarga bro dunia dan akhirat.
Rasanya cukup dengan 3 benda ini.
Bro tiada niat nak buka aib sendiri atau apa. Sekadar berkongsi pengalaman supaya kita renung-renungkan bersama. Supaya anda sendiri tau, bukan anda sahaja yang menghadapi masalah yang sama.
Apa yang bro nampak.
Kebanyakan kenalan bro yang sudah berkahwin. Dibuka pintu rezeki satu persatu :)
Memang jelas bro nampak. Itu janji Allah kepada hambanya yang melakukan sesuatu dengan niat keranaNya
Founder Beautifulnara.com bersama isteri dan anak sulungnya semasa majlis Aqiqah anaknya.
Bicara Bro : Bro harap perkongsian ini dapat membuka pintu hati sesiapa yang membacanya. Terutama kepada mereka yang rasa tak bersedia nak berkahwin (tapi dah ada buah hati bertahun-tahun).
Ada sesiapa nak berkahwin dengan bro tak (perempuan sahaja)
tak pe bro..pelahan2..
Bro pelan-pelan la nie.. xnak nampak gelojoh sangat he..23x
Ye betul, stuju sesangat..
Moral value-cepat2lah kawen ye :D
setuju ek…
tak nak share pengalaman ke…??
Syer pengalaman??
Pengalaman biasa2 je, rezeki masing2 kan dan kadang tu tanpa kita sedar rezeki tu mai :D
motivasi yg sgt berguna
diharap dapat dikongsikan bersama rakan-rakan :)
pelan2 kayuh
tengah plan2 la nie… :)
haha..klau ada jodoh tu tak ke mana bro..
risau bro je la ke mane2 nanti he..23x
dun wory bro..hehe..
Yup…sebelum kawen rasa mcm susah,tak mampu nak sara isteri atau anak2…tp bila dh kawen alhamdulillah kengkadang rezeki yg Allah kurniakan datang tanpa disangka2….insyaallah.
itu yang kita nak sebenarnye…
tapi ramai yang menolaknya atas sebab-sebab tak bersedia dan tak mampu nak sara anak orang
yg penting ada tanggungjawap…dan yang paling penting dan pasti jangan lupa ALLAH.., cek rukun islam satu2 itu penting..(”,)
gd luck
Thank ujang…
Tak nak entry susulan dari ini ke? Boleh juga dikongsi2kan
tanggungjawab dan rukun islam..ye itu yg diutamakan dalam meniti kehidupan yg fana….
InsyaAllah bro..Tuhan dah tetapkan setiap rezeki umatnya, cuma kita kena berusaha.. Dan penting Niat mestilah ikhlas..
Thank Nurul.. hope nurul juga begitu kan
yaa bro..sy pun lama dh perhatikan..kwn2 since dh kawen, rezeki melimpah ruah
Bro pun perhatikan sama :)
Memang ada benarnya kan
hidup akn lebih berkat dan bermanfaat bila bersatu dlm hubungan yg halal… itu juga adalah janji NYA… rezeki yg melimpah adalah hadiah dari NYA….
Benda yang halal ini la yang lebih berkat kan
entri berguna..betul tu apa yang bro kata..kalau biasa mandi dua kali sehari..kalau dah kawin bnyak kali mandi..hahaha..:P..
Terima kasih sebab faham apa yang ingin bro sampaikan :)
orang tua2 selalu nasihat, lepas kawin nanti isteri akan jagakan segala mcm benda. bab kewangan, insyaAllah adalah jalannya nanti.
teringat juga kwn2 suka cakap, kalau aku tau kawin tu best, lepas spm terus je kawin…heeee. memang xsemudah mcm tukan.
Ada juga kenalan bro yang berkahwin semasa berlajar.. walaupun masing2 u masing2 jauh…
Now sorang jadi cikgu, sorang lagi jd pensyarah.
Kalau berkahwin boleh membawa arah positif kalau ikut nafsu memang tidak rukun rumahtangga. Bila ada anak kita akan dapat rezeki yang tidak disangka-sangka.
Ini pengalaman sebenar pernah suatu ketika keputusan duit dan tidak sangka duit yang difikir memang tidak cukup ketika belum anak boleh survive sehingga masuk gaji. Cukup untuk anak dan isteri.
Mu sudah berkahwin ke…??
Bro dari segi kewangan tiada masalah.. cuma kadangkala macam beban juga bila fikir cukup ke nak bg nafkah pada mereka yang dipertanggungjawabkan kepada bro
Saya berkahwin ketika berumur 24tahun kalau nak ikut mahu ikut sunnah Nabi SAW berkahwin dengan Siti Khadijah pada umur baginda 25 tahun tetapi cepat pula. :-)
Insyallah faktor kewangan boleh diusahakan. Saya ini berkerja seorang, tinggal dikawasan KL, isteri suri rumah dan mempunyai anak yang bersekolah.Duduk urmah sendiri tidak menyewa. Alhamdulillah boleh walaupun tidak semewah orang lain
jadi, kahwin cepat-cepatlah ye..hehe
nice entry bro…..
Yup,memang lebih murah rezeki lepas kahwin dan lepas ada anak…Cpt2la kawin ya bro…welcome to ‘Daddy Blogger Club”