Sejak 2 menjak ini,

Bro selalu menghadapi migrain. Paling teruk kena last week, sampai termuntah-muntah bro dibuatnya.

Minggu ini pun bro kena lagi sekali,

Dalam kes normal, antara sebab-sebab migrain adalah:

  • alahan kepada sesuatu
  • cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu (mungkin ini yang bro hadapi)
  • tekanan fizikal atau emosi (paling mungkin)
  • perubahan dalam waktu tidur
  • merokok atau terhidu asap rokok (ramai orang merokok disekeliling bro)
  • tak makan (bro cukup makan)
  • alkohol (tak nak tambah dosa yang sedia ada)
  • haid (darah kuar ikut hidung itu haid ke?)
  • makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto) – (banyak makan fast food kot)
  • pening kepala (dah memang sakit kepala sebab pening melampau)
  • makanan lain seperti chocolate
  • cuaca (mungkin juga)

Tadi jumpa doktor,

Dia sarankan bro check mata (sebab bro dah bertahun tak pakai cermin mata), dan banyak berehat (jangan fikir benda yang tak perlu).

Bicara Bro : Duit tak ada, mana nak cari duit.

Ok, itulah yang bro fikirkan. Doktor boleh bagi cadangan tak? Memang pening dan migrain bila memikirkannya.