You are here
Home > Novelisme BroFramestone > Maafkan Aku, Kau Tak Layak Tidur Dengan Aku Lagi

17,443,750 total views, 2,961 views today

Maafkan Aku, Kau Tak Layak Tidur Dengan Aku Lagi

Maafkan aku,

Bukan niat aku memaki kau sebentar tadi.

Tak terniat langsung, sedikit pun tidak tercalit dihati aku. Aku tau ianya menguris hatimu.

Walaupun raut wajahmu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tapi aku rasa, kau mesti tahu apa salah kau kepadaku.

Patut la tadi, kau tertunggu-tunggu aku di depan pintu. Aku tersenyum melihat gaya mu yang menggoda. Terus aku merangkul dan membelai tubuhmu yang gebu.

Errrmmmmm… Sedapnya..!!

Aku pelik, kenapa tertiba kau manja dengan aku. Seperti ada yang tak kena.

Ikutkan hati aku nak je tampar dan campak kau dari tingkat 7 bila tau apa yang telah kau buat.

Jangan ingat, kau pernah tidur dengan aku. Aku tak berani nak buat perkara bodoh macam tue pada kau.

Sebabkan kau,

Aku rasa, cukup la setakat ini sahaja. Aku dah tak nak kau tidur dengan aku lagi.

Ikutkan hati nak je aku halau kau keluar dari rumah ini.

Lantak la kau nak merempat dekat mana. Itu bukan masalah aku.

Dengan gaya kau yang mengoda dan tubuhmu yang gebu. Pasti ada yang tertarik denganmu dan bawa kau balik ke rumah.

Pasti tiada yang akan menggelarkan kau kucing jalanan @ kucing kurap.

Bicara Bro : Tak pasal-pasal, malam ini kena basuh bantal dalam mesin basuh.

Yang kau pergi berak atas bantal aku apasal.

Tau la mu kurang kasih sayang dari tuanmu. Entah berapa la dia beli kau hari tue ek.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

24 thoughts on “Maafkan Aku, Kau Tak Layak Tidur Dengan Aku Lagi

    1. Ini kes bukan biasa… luar biasa punya.. satu tahun hidup dalam rumah nie….

      makanan dia pun beratus habis tiap bulan…

      nak berak kencing pun ada tempat…

      tertiba je nak buat perangai cam nie…

  1. suka kucing.. terutama yg gebu.. cuma tak tahan bau beraknya saja.. sebab tu x bela,sbb x mau kucing tu teraniaya akibat berak kucing tu sendiri… hihihi..

  2. yeke??ish3..kucing Jay xpenah berak kat tilam,bantal,kerusi dan seangkatan dgnnya..dia kalau nak uhuk mesti dia akan cari tandas yg kiteorg dah sediakan..dari dia kecil lagi dah biasa..hehehe..

    1. biasalah bro kalau kucing mahal..xtahan panas..alhamdulillah kucing Jay tu boleh tahan panas walaupun baka ‘American Short Hair’:)

Leave a Reply

Top