Kalau nak rosakkan nama sendiri, tak susah. Paling senang korang buat blog sendiri, guna nama korang, tempek gambar besar-besar, lepas tu buat pengakuan yang korang pernah terlanjur.
Zass!! Dalam masa 24jam korang dah berjaya jadi famous dan mencemarkan nama sendiri.
Itu baru satu cara yang lama. Cara yang baru, gunakan blog korang, lepas tu korang boleh mulakan update entri yang ‘panas’. Macam mana entri yang ‘panas’ tu? Haa. Entri yang lucah, provokasi, hentam sana-sini, kisah artis curang, ayah rogol anak sendiri, itu semua contoh entri ‘panas’ yang memang selalu orang nak baca.
Entri yang ‘panas’ memang terbukti dapat tarik traffik yang banyak memandangkan benda macam ni memng memenuhi kehendak nafsu manusia. Sekarang semakin ramai blogger yang buat blog berdasarkan entri ‘panas’ dan yang paling teruk blog tu adalah asalnya blog personal.
Tapi, elok ke buat macam tu?
Seriously, korang dah membusukkan nama korang sendiri dengan blog kalau buat macam tu. Secara tak sedar traffik yang datang tu semakin hari membuatkan nama korang semakin busuk. Jangan biarkan diri korang dipengaruhi dengan traffik yang tinggi. Ingat, perkongsian kita di dalam blog pun dikira sebagai amalan kita tau.
Ariff Shah – Antara blogger Malaysia yang mempunyai pengaruh dalam dunia blog melalui penulisan dan perkongsiannya yang bernas.
Manusia mati bila-bila masa, tapi apa yang ditulis dalam blog boleh kekal dalam internet sampai kiamat.
Sama-sama kita ubah, tak susah pun nak kekalkan momentum trafik dekat blog ini. Apa kata kalau jangan gunakan benda lucah dalam blog personal korang untuk tarik traffik. Cuba cabar diri sendiri untuk cari traffik sebanyak mungkin tanpa menggunakan isu yang tak elok untuk ditulis dalam blog korang.
Ariff Shah, Bro Framestone, Zack Zukhairi, Yuyu Zulaikha, Nisa Kay, ni antara nama-nama yang korang boleh jadikan mentor dalam kategori blog personal. Ada ke diorang main dengan entri lucah untuk cari pembaca?
Bila dah ada style sendiri, pembaca pun mula datang. Dan pembaca tu datang yang nak membaca blog korang, bukannya yang mencari isi tak elok dalam blog. Ingat lagi sekali, manusia tak akan hidup kekal, tapi apa yang ditulis dalam internet mungkin kekal sehingga kiamat. Dan sepanjang itulah dosa kita akan terkumpul dan terus bertambah disebabkan apa yang ditulis. Jangan cemarkan dunia blog negara kita.
Jangan ingat peringatan ini untuk blogger je, yang guna Facebook dengan Twitter tu pun sama.
Penulis Jemputan – Umar Faruq
Bicara Bro : Bro tertarik dengan perkongsian beliau di blog.
Bakal menjadi blogger yang berpengaruh di Malaysia jika momentum sebegini diteruskan. Suka menulis mengikut hati tetapi selalunya akan membentuk entri yang berunsur nasihat. Juga menulis tentang isu semasa antaranya tentang isu PTPTN yang mendapat perhatian banyak pihak.
Terima kasih kepada mereka yang VOTE Umar Faruq di DiGi WWWOW Award.
siapa blogger yg buat gitu? hmmmmmm bg sha masing2 ada gaya tersendiri..masing2 dah pandai dan boleh fikir sendiri….
Ini umum sha…
Cuma sekadar berkongsi pandang mengenai dunia blog. Sehinggakan orang tak boleh nak bezakan mana blog personal dan mana yang tidak
Apasal tetiba gua macam terasa.. hihihi
masing2 ada style tersendiri….
yang pasti bukan i hokeh! :P
alahai bro apa sal nak buat camtu kan..tak elok..biar kita ada identiti sendiri..handsomenya Ariff Shah tu ek
Ramai blogger yang dah hilang identity kak :)
Saya pun ensem gak Kak.. hehe
hahahahaha… +1
rasanya word “ensem” “hensem” dan “handsome” kena banded dari disebut di blog ini…
biasalah tu..diorang wangi sangat. tu pasal nak kasi busuk nama diorang..
Pe2 pun sendiri perlu ingat.
Blogger seperti ini xkan pergi ke mana :)
panas panas…
masing masing ada cara tersendiri..
masing masing boleh cakap “this is my blog, not yours”.
mungkin juga kan..
always be positive..
insyaAllah hidup senang
Sebab itu dikatakan… “jangan busukan nama sendiri yang terpahat pada blog anda sendiri”
btol tu.. ape pon terbaik dari umar faruq. proud to him
su setuju dgn pendapat tika
btol2..stuju..
Tu lah, tatau mana kepuasannya bila traffic datang dari pencarian bahan2 yang agak kurang bermoral. Takpe lah kan setiap detik mereka pasti akan memperbaiki cara mereka, itu pun jika mereka peka dengan apa yang mereka baca dari blog2 berpengaruh macam https://www.broframestone.com <—-kenal tak ini blog? ^___^
Hahaha.. Kenal2..
Tapi geram la setiap kali masuk blog Dapur Tanpa Sempadan tu, sebab masuk je mesti perut menyanyi.. Hehe..
masa mula2 su aktiv blogging memang cari traffik..
bila dah lama feeeeel blogging tu rasa semacam pulak….
bukan nak menafikan traffik tu…
tapi ntahlah…..
kepuasan blogging nie ada pada masing masing
cara dan bagaimana ia menfaatkannya
setuju tu….ada satu ni sy perasan…perlu ke ????
nape ariffshah x hensem dalam gambar di atas? LOL :D
Time bila yang dia hensem ek?
sebab masa shooting tu diorang tak make. main bedal terus
*make up
Gua setuju dengan statement lu tu Bro.
Hahaha.. terus tuan gambar ada komen kat sini..
haha..depa lupa nak touchup kot..:P
aku awal2 lg dah choose “no” kat setting “adult content” tu..
Kejar trafik punya pasal hingga nama jadi busuk. :-(
traffik v/s nama busuk ke…?
patutlah terbatuk-batuk. ada orang mention kat sini rupanya. heheh
terima kasih.
patutlah terbatuk-batuk. ada orang mention kat sini rupanya. heheh
terima kasih.
Ala sian kau ek…
Sorry la.. muka mu selalu masuk blog bro :)
pergh……..dia datang jua….
agak2 sumi dlm kategori mana eh? rasanya xtermasuk dalam golongan diatas kan?
wow..ade penulis jemputan lar..power2..
Penulis jemputan untuk segmen tertentu di blog bro je :)
jangan sahaja perkongsian di blog menerbitkan dosa..
teguran dr rakan blogger membantu memperbaiki mutu isi kandungan blog :)
thanks bro !
btw, nk p bekenalan dgn si umar tu hehe
silakan berkenalan dengan beliau…
Ke teringin nak jadi penulis jemputan di blog bro?
adakah Jay termasuk di dlm golongan itu??:(
Aloo comelnyer Arif Shah kat atas tu..
Semalam nurul update entry yang sedikit emo.. :(
tak perlu la nak buat entri mcm tu sbb nak raih trafik…kan bro…
betul tu bro… niat kena betulkan tu…
Harap entri ni jadi 1 panduan buat blogger2 baru mcm saya ni.. thanks bro invite event terbaru ni
aku akan kembali ke personal blog… cukup la ujian untuk isu semasa..hu2
ciktom lebih suka blog personal dr akhbar atau blog yg suka buat cerita sensasi..huhu
Bagus entri ini. Kdg2, blogger terlupa. Hanya ingat nak buat duit dan trafik je.
Bab gambar pn sama jugak.
http://sha-myheart.blogspot.com/
kebanyakkan blogger sekarang dah show off nama sebenar, butir peribadi dan sebagainya. Dalam sibuk sibuk diorang post pasal gossip artis, politik, buruk baik orang, dia pun ter post pasal diri dia…itu bahayanya bila dedahkan maklumat peribadi di blog..blog was not a diary but a social networking to get more friends on internet…internet was just fantasy and not real…banyak propaganda dan fitnah yang boleh disiarkan di internet…everyone can speak and typo errorr…kahkah…btw nice post…datang dari blog yastro…cool brotha
bagi su……
sronok dapat kongsi apa yg tersurat dihati pada pembaca….
mungkin sumanje akan serius dalam blogging untuk menjadi seperti bro…
harap broframestone dapat membantu su