You are here
Home > Iklan > Laksamana Aaron Aziz Dalam Animasi 3D Supertots Supersquad The Movie

17,411,107 total views, 2,636 views today

Laksamana Aaron Aziz Dalam Animasi 3D Supertots Supersquad The Movie


Netcarbon Sdn. Bhd. baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Aaron Aziz yang membintangi watak sebagai Laksamana Aaron dalam filem 3D Animasi, Supertots Supersquad The Movie.

Tak sangka pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 ini sudi melangkah lebih jauh dalam kerjaya beliau.

Untuk pengetahuan anda,

Supertots Supersquad The Movie merupakan filem yang berdasarkan siri animasi Supertots yang telah memenangi anugerah Animasi Terbaik di Anugerah NEF-AWANI daripada ASTRO pada tahun 2010.

Kini Supertots akan ditayangkan kembali dalam versi Bahasa Melayu di TV3 pada bulan Mei tahun ini.

Filem Supertots Supersquad The Movie adalah filem 3D animasi pertama di Malaysia yang menggunakan teknik “Hybrid Motion-Capture” yang telah juga digunakan dalam filem Avatar dan Adventures of Tin-Tin.

Ianya mengisahkan pengembaraan lima adiwira yang terpaksa merentas masa untuk menentang makhluk asing dari menguasai bumi di zaman ini. (Dah macam cerita Laksamana Hang Tuah la pula)

Sebuah filem epic komedi aksi, Supertots Supersquad The Movie mengandungi babak peperangan di angkasa, pertempuran di sebuah kampung dan babak cemas apabila makhluk asing mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur.

Artis-artis terkenal tanahair juga membintangi filem ini iaitu :-

  • Dafi sebagai Kapten Danny,
  • Diana Danielle sebagai Elly,
  • Radhi Khalid sebagai Blinq,
  • Marina Tan sebagai Alan,
  • Elza Irdawati sebagai Sasha,
  • Naa Murad sebagai Dragonlord,
  • Maya Arisa sebagai Ratu
  • Megat Shahrizal sebagai Zeeboz.

Supertots Supersquad The Movie dijangka akan ditayangkan di Malaysia pada hujung tahun 2013 disusuli dengan tayangan di peringkat antarabangsa di lebih 20 buah negara.

Bicara Bro : Bro memang fanatik dengan animasi.

Hope cerita ini tak menghampakan bro. BoBoiBoy dan Upin Ipin tak menghampakan bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Laksamana Aaron Aziz Dalam Animasi 3D Supertots Supersquad The Movie

  1. malaysia semakin melangkah maju ke hadapan dengan kepelbagaian filem animasi. apa2pun kita sebagai rakyat malaysia mesti sokong apa2 produk keluaran negara kita supaya setanding dengna negara luar 🙂

    1. kalau negara kita mampu hasilkan animasi yang menarik mungkin mampu menembusi pasaran antarabangsa.

      Jangan target untuk pasaran Malaysia je.

      Sebab akhirnya keluar dekat Astro dan ulang 2-3x sebulan.

Leave a Reply

Top