You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Jemputan Ke Majlis Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati Network

17,420,225 total views, 2,046 views today

Jemputan Ke Majlis Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati Network

Baru-baru ini bro mendapat jemputan dari rakan blogger iaitu saudara Denaihati melalu twitter.

Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati Network :

  1. Bersuaikenal dengan team Denaihati dan Founder Denaihati (dah tak boleh low profile setelah video founder tersebar 1Dunia).
  2. Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati sehingga menang Best of the best blog of the year.
  3. Pertemuan untuk berkongsi pengalaman antara Blogger berpengalaman dan Blogger baru.
  4. Pelancaran theme baru blog Denaihati, video pengenalan blog Denaihati dan aplikasi yang dihasilkan oleh team Denaihati.
  5. Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh team Denaihati.
  6. Penyerahan cederahati kepada top 10 affiliate eQurban.com.
  7. Penyerahan hadiah Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.

Majlis Sepetang Bersama Blogger juga merupakan platform bagi bro dan rakan-rakan blogger yang lain untuk duduk bersama sambil bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Dan kebanyakan blogger yang dijemput bukan calang-calang.

Masing-masing mempunyai pengaruh mereka yang tersendiri. Bro…?? Tak mampu nak pengaruhi sesiapa.

Info lanjut anda boleh layari blog DenaiHati.

Bicara Bro : Jika ada rakan blogger yang hadiri sama ke majlis ini.

Jangan lupa nak bertegur sapa dengan bro. Bro tak sombong, cuma agak merendah diri orangnya bila berdiri dikalangan orang yang tinggi-tinggi.

Mungkin ada benda yang boleh bro kongsikan.

Jom datang beramai-ramai ke Senyap 1.1 : My Icon Beanbag Talkshow.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

37 thoughts on “Jemputan Ke Majlis Sepetang Bersama Blogger Anjuran Denaihati Network

    1. kalau tak boleh pergi mcm kak ni kan syu,maunya frust menonggeng..tambah2 jemputan tu dpt secara automatik,tak perlu berebut,lagi la sedih… ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Top