April 18, 2024

Tazkirah : Bila Nafsu Dikuasai Syaitan

Allah swt telah menjadikan manusia sebaik-baik ciptaan untuk memperhambakan diri kepadaNya.

Dimana diletakan martabat manusia lebih tinggi dari ciptaanNya yang lain.

Ini menyebabkan syaitan merasakan martabat mereka lagi tinggi dari manusia kerana mereka dijadikan dari api manakala manusia dari tanah.

Akibatnya,

Allah SWT telah menjatuhi hukuman kepada mereka dimana mereka dimasukan ke dalam neraka. Akibatnya, syaitan bersumpah akan menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat.

Dalam masa yang sama,

Allah SWT menjadikan manusia disertakan sekali dengan nafsu. Maka syaitan menggunakan kelebihan yang dimiliki manusia untuk menyesatkan mereka.

Kita juga menyaksikan bagaimana rakusnya nafsu manusia yang dikuasai syaitan seperti kes sumbang mahram, bapa merogol anak sendiri, kes isteri curang sehingga bersekedudukan, kes pembuangan bayi yang tiada kesudahannya.

Perbuatan ini berlaku kerana diri dan hati manusia yang bertindak kejam ini sebenarnya dikuasai syaitan laknatullah.

Ingatlah, kejadian yang berlaku masa kini seperti gejala sosial, keruntuhan akhlak, kes jenayah, pembunuhan, penindasan sesama manusia, membunuh diri dan melakukan kejahatan, kezaliman ke atas makhluk Allah adalah perbuatan dipengaruhi syaitan.

Mereka yang menjadikan nafsu dan syaitan sebagai petunjuk kehidupan akan menemui kegagalan akhirnya.

Mereka sentiasa resah kerana diburu rasa bersalah, bukan saja kepada Allah SWT tetapi juga kepada diri sendiri.

Golongan ini tidak akan diberi petunjuk oleh Allah SWT dan di akhirat kelak akan di azab dengan api neraka yang amat pedih.

Justeru, marilah kita kembali ke jalan benar dengan melakukan amal salih, menutup segala pintu syaitan dan kemungkaran serta mengingati akhirat agar kita sedar hakikat kehidupan ini.

Bicara Bro : Ada ustaz pernah bertanya.

“Siapa sini berkahwin sebab nafsu?” dalam ramai-ramai hanya ada sorang sahaja yang angkat tangan.

Dan jawapan dari ustaz,

“Bagus, orang yang berkahwin sebab nafsu adalah orang yang memilih jalan halal dan menjauhi zina.

Dan syaitan sekali lagi gagal menyesatkan anak Adam”

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Tazkirah : Bila Nafsu Dikuasai Syaitan

  1. Masa Ustaz tanya soalan tuh semua manusia cover line.. malu nak
    mengaku. Yang tak malu sorang jer tapi niat dia memang benar
    untuk elak dari perkara yg haramm.. Jujurnya lelaki ituuuuu

    Bro… lu punya link commentluv kasi letak 10 link lah.. baru best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *