March 29, 2024

Tazkirah : Berdosa Mengahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah

Berdosa bagi anda yang mengahwini wanita yang sedang hamil anak luar nikah.

Ini sekadar perkongsian untuk kita jadikan rujukan kita sebagai umat islam yang sentiasa diduga dan mudah dipengaruhi bisikan syaitan.

Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita sedang mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.

Pernikahan cuma boleh dilangsungkan,

Selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.

Dalam Islam,

Anak yang lahir perlu dibinkan dengan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

Sekiranya anak tersebut adalah perempuan, anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu telah menikahi ibunya.

Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya.

hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.

Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed (Pendakwah Bebas)

Dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.

Jika mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),

Anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah.

Bicara Bro : Ramai yang ingin menjaga maruah keluarga,

Sedangkan maruah diri tergadai.

Jika sesuatu hubungan itu menghala kepada maksiat, elok dijauhkan atau dipermudahkan pernikahan sekiranya ia dapat mengeluarkan mereka dari lembah maksiat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Tazkirah : Berdosa Mengahwini Wanita Hamil Anak Luar Nikah

  1. mase sedap tak ingat..masa dah kucar kacir hah baru sebok nak itu ini…kan lebih elok kawin dulu..hubungan pun halal..taklah ke lembah zina..

  2. kene cpt kawin. dah halal kan sng.tk de maslah bunting anak luar nikah.

    tp skrang kawin pon nk kene bribu riban, maybe sbb tu kot org jd cmni

  3. maaf ye admin… mengikut mazhab IMAM SHAFIE…. SAH n harus berkahwin dgn perempuan y mngandung akibat zina…
    kalo ikut mazhab IMAM HAMBALI n HANAFI… mmg TAK SAH n haram…
    tapi kita kat mlaysia pengikut ajaran IMAM SYAFIE…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *