Masihkah korang ingat kes pelajar Malaysia di belasah dan dirompak semasa berlakunya rusuhan di Landon musim panas tahun lepas?

Semasa kejadian, beliau sedang berbasikal ke rumah seorang rakannya. Dia ditumbuk sehingga menyebabkan rahangnya patah, manakala basikalnya turut dilarikan.

Ketika dia terbaring cedera, John Kafunda, 22, dari Ilford dan pemuda Romford, Reece Donovan, 24, mencuri beberapa barangan di dalam beg mangsa, termasuk sebuah konsol permainan video bersama 10 permainan video bernilai sekitar £500 (RM2,376).

Kedua-duanya didapati bersalah di Mahkamah Diraja Wood Green di sini pada minggu ini kerana melakukan rompakan dan berkelakuan ganas.

Hukuman terhadap mereka akan diputuskan pada 13 Mac ini.

Kejadian tersebut yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit dan disiarkan di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bicara Bro : Berhati-hati dijalan raya. Tak kisah anda berjalan kaki atau berbasikal.

Apa-apa pun boleh terjadi sekarang ini.