You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > My Way : Filem Perang Dari Korea

17,431,118 total views, 4,962 views today

My Way : Filem Perang Dari Korea

Kita selalu dilambakkan dengan cerita romantik aka jiwang-jiwang dari Korea selain K-Pop yang menjadi kegilaan ramai remaja Malaysia.

Cuba sekali sekala kita ubah angin.

Masih juga melibatkan Korea cuma genre sahaja yang berbeza. Tetapi berbaloi untuk anda tonton.

My Way : Filem Perang Dari Korea

Ianya merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara.

Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik

Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon.

Apa yang akan terjadi kepada mereka… Jeng Jeng Jeng…..

Tunggu di pawagam pada 19 April 2012. Dalam masa yang sama anda boleh ikuti perkembangan filem ini di Malaysia dengan mengikutinya di facebook : Filem My Way.

Jom layan trailer filem ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “My Way : Filem Perang Dari Korea

Leave a Reply

Top