March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 17] Dapat Merasa Lagi Top 500 Rank Alexa Malaysia

Bro anggap berblog ini sekadar hobi dan tempat bro berkongsi sesuatu yang bro rasa berharga kepada semua.

Iaitu pengalaman, pandangan dan nasihat. Dan benda-benda ini bro bagi percuma kepada anda sejak tahun 2006 hingga kini.

Jika dulu bro selalu mendapat jemputan untuk bagi ceramah,

Info Terkini : Bro mungkin akan dijemput memberi ceramah di salah sebuah universiti di selatan tanah air.

Masih menunggu kata putus dari pihak pengganjur.

Sekarang ini, siapa la bro.

Memang terpaksa tukar bidang. Dari seorang yang tegas mencari rezeki dibawah suapan kerajaan kepada seorang blogger sepenuh masa.

Bro ingat lagi tahun lepas sebelum blog bro mempunyai masalah hosting dalam bulan 10 @ 11.

Rank Alexa Malaysia – 328
Rank Alexa Dunia – 81k

Bila masalah hosting bro menjadi semakin teruk. Ranking bro jatuh mendadak, memang teruk juga sebenarnya

Rank Alexa malaysia – 1,2++
Rank Alexa Dunia – 170k

Dan minggu ini, inilah rank terkini bro. Memang terharu sesangat.

Terima kasih kepada anda, anda dan anda yang sudi menyokong bro selama ini.

Memang betul ranking ini tak boleh dibawa mati + bukan sesuatu yang boleh diriakkan.

Tetapi dengan ranking ini bro cari makan selama ini. Dengan rank ini bro demand untuk setiap iklan dan advertorial yang bro terima.

Walaupun jumlahnya sedikit,

Cukup untuk bro bayar sewa rumah + bil-bil + duit makan bro tiap-tiap bulan.

“Amboi bro, banyak dapat duit ek. Bila nak open table?” antara persoalan yang selalu dilontarkan kepada bro.

Bro memang tak mampu nak open table menggunakan duit. Takat open table dengan projek, boleh la. Bro bukan jenis makan sorang, bro akan hargai korang semua.

Sebab itu bro buat Projek 100 Bloggers

Untuk projek ini, bro usaha untuk dapatkan yang terbaik untuk anda. Tetapi adakah anda sudah buat yang terbaik untuk diri anda?

Bicara Bro : Bro sendiri pun terfikir, sampai bila bro nak hidup hanya dengan pendapatan dari blog sahaja.

Jeles juga tengok ada rakan yang berhenti kerja dan menjadi fulltime blogger. Income setiap bulan minimum RM3,000 (ini bukan dari Innity atau Nuffnang).

Bro juga perlu berusaha untuk berada setaraf dengannya.

Anda juga mampu mengatasi bro. Yang penting adalah usaha, tawakal dan niat keranaNya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

49 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 17] Dapat Merasa Lagi Top 500 Rank Alexa Malaysia

  1. Eh!! mana boleh bro bersara dari blogging. Hilanglah idola saya..
    #Thanks bro sbb tak pernah letih jawab segala soalan2 saya. Apa yang saya ada skrg semua dari tunjuk ajar dari bro selama ni. Walaupun bro tak sedar, yang bro selalu ajar saya secara tak langsung. (jangan bersara awal sgt ye bro…)

    1. tak perlu hairan fasz..silap2 ade yang nak jadikan bro suami depa..hehehe..gurau ye bro:)

  2. tahniah bro..semoga terus berjaya.

    sekarang saya pula ada masalah ngan hosting :(

    Sib baik bro tag utk entri ni. dah beberapa minggu asyik berulang alik ke hospital sampai dah lupa tentang projek 100 bloggers tu. Masih terbuka kan?

  3. saya suka semangat bro…rasanya nak follow step Framestone.com namun harus sedar jauh benar langkah ini..doakan sy berjaya bro.

    1. tak payah follow step bro.. cari step sendiri… kalau tidak sampai bila2 pun anda akan ketinggalan…

      sebabnya?

      Bro sendiri dalam masa yang sama perlu cari step lain. Ikut peredaran masa.

      Demand dan Supply berubah-ubah setiap hari…

  4. tahniah bro..Jay pundah lame tak buka ranking alexa Jay..confirm jatuh habis sbab tak update blog kan..hehe

    1. insyaallah..Jay tgh kumpul kan semula idea2 utk mantapkan blog..tunggu perubahan Jay..:)

  5. tahniah bro…bukan senang sebenarnya nak maintain kan ranking alexa ni…dulu pernah la merasa ranking bawah 1000 ni tapi kejap je…hee…

    > apa2 pun all the best untuk projek 100 bloggers tu bro..:D

  6. Tahniah awak..teruskan usaha..insyaAllah saya akan sentiasa berada disisi awak menyokong dan memberi semangat :)
    yang penting tak lupa suruhanNYA.

  7. Tetiba ambe bersemangat lepas baca entry ni.
    Memang bukan mudah kan dalam dunia blogging ni kalau betul-betul nak berjaya.
    Kena tempuh laluan susah dulu.
    Apapun, tahniah yer atas apa yang diperolehi.

  8. macam saya ni dok blogspot jer dah dekat 6 tahun.. ranking2 ni memang tak power la tapi entah la sampai sekarang masih enjoy berblog sebab dah suka. Apapun tahniah.. bagi yang menjadikan blog salah satu kerjaya & sumber pendapatan utama, ranking jugak perlu

Leave a Reply to Juan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *