You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Lagu “Lagu Bawaku Pergi” Digantung Ekoran Lirik Kontroversi

17,449,416 total views, 1,885 views today

Lagu “Lagu Bawaku Pergi” Digantung Ekoran Lirik Kontroversi

Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi.

Beliau memaklumkan,

Penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.

Bro sendiri akui, lirik lagu ini agak kontroversi walaupun ianya sedap didengar.

Risau juga jika ada yang menghayati dan terikut dengan apa yang dimaksudkan dalam lirik lagu ini.

Lirik lagu – Bawaku Pergi

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Bicara Bro :Bro hari ini baru faham apa yang ingin disampaikan dan maksud lagu ini selepas menghayati liriknya

Rasanya ada x yang lari dari rumah mengikut boyfriend sebab terikut2 lagu ini?

Malique ada menyatakan bahawa lagu ini ditulis dari apa yang dirasai oleh isterinya untuk dirinya. Jangan terlampau berfikiran terlampau tanpa menghayati apa yang ingin penulis dan pencipta lagu ini ingin sampaikan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Lagu “Lagu Bawaku Pergi” Digantung Ekoran Lirik Kontroversi

    1. tul gk. kalau dh ada kehidupan keluarga, susah nk bercuti lama, yomentik2 ngn suami. tanggungjawab nk jaga org tua, anak2. Haha. org yg dh ada keluarga je fhm. (eh. aku x kawin lg). biasalah tu, zmn skrg sume otak negetif. Lagu ni chantek kot. cuma penghayatan org yg dgr tu x sampai.

      tp serius, first time dgr, aku bygkn “bawaku pergi” tu mksudnye bawaku pergi dlm mimpi, jauh dari masalah dunia. Haha. x terfikir plak pasal org nk lari dr rumah ikut kekasih. LOL. (otaku suci wahh…bangge)

  1. utk suami isteri pon x sesuai la bro…serius nye lirik ntah hape hape…mase first time dgr dulu pon dh rase xleh blah liriknye….adoi…nk sgt jd retis or glamor pon jgn la main sebat je lagu nk nyanyi…biarlah nmpk sikit value tu…wise la sikit…

  2. well..actually lagu ni x akan membawa effect negatif klu kita think positive…xkan la parents ajar anak2 jd baik, boleh fikir secara rasional, akan bt something bad sbb dgr lagu ni je…?? mesti ade something wrong like depression ke, family probs ke…ade yg lari rumah tu, xdgr pun lagu ni…
    #bagipendapatje…

  3. lagu ni best .. sy pun terikut2 nyanyi . tp mmg lirik dia tu tk elok .. nanti ada yng lari dr rumah sbb dpt inspirasi dr lagu nih .. hohoho :p

Leave a Reply

Top