April 26, 2024

Jangan Tuduh Dirang Dibunuh Oleh Ayah Kandungnya

Dendam punca Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang dibunuh dah dibakar.

Bila Bro keluarkan artikel mengenai kes pembunuhan kejam Dirang dimana mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar.

Ramai yang membuat andaian bahawa pembunuhnya adalah bapa kandung kepada Dirang.

Walaupun bapa dan ibunya telah bercerai. Ibunya tetap percaya bahawa bapanya tidak terlibat dalam pembunuhan Dirang.

Sedangkan beliau banyak membantu semasa Dirang didapati hilang.

Mengikut sumber memberitahu,

Seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, dengan cara mencekik mangsa

Suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

Bicara Bro : Walaupun beliau tidak bersalah. Beliau tetap akan dihantar ke negara asalanya iaitu Filipina. Ini kerana beliau tidak mempunyai permit untuk menetap di Malaysia.

Al-fatihah buat arwah.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Jangan Tuduh Dirang Dibunuh Oleh Ayah Kandungnya

  1. patut lah comel jer Arwah ni.. mungkin banyak ikut gen belah ayahnya.. tp sayang, hayatnya tak lama…

    tp memang x patut lah anak sekecil itu diperlakukan sebegitu… ;(

  2. Kenapa harus arwah yang menjadi mangsa…??kalau dendam pun jgnlah budak sekecil itu diperlakukan umpama tida nyawa..

Leave a Reply to Bit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *