You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Jangan Panjangkan Kontroversi : Melia Aimiellia Dan Rotikaya.com

17,440,807 total views, 18 views today

Jangan Panjangkan Kontroversi : Melia Aimiellia Dan Rotikaya.com

Masih lagi berkenaan dengan kontroversi penyebaran video dan gambar lucah didakwa membabitkan pelakon muda, Melia Aimiellia, oleh laman hiburan terkenal, Rotikaya.com.

Dan baru-baru ini Melia membuat laporan pada SKMM dan dalam masa yang sama menfailkan saman kepada pengendali Rotikaya.com

Penyebaran gambar dan video lucah ini belum dibuktikan sama ada Melia atau sebaliknya dan Rotikaya.com hanya mengajukan soalan sama ada ia pelanduk dua serupa.

Jom layan pengakuan dari pengendali rotikaya.com

Isu ini menarik perhatian Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Timbalan Presidennya, Zed Zaidi memberi amaran keras kepada artis supaya berkelakuan baik dan meminta mereka tidak disabitkan penyebaran gambar dan video lucah sehingga boleh mencemarkan industri seni tanah air.

jika ada di antara selebriti melakukannya,

Mereka akan dilucutkan keahlian dan isu itu akan dipanjangkan kepada menteri serta surat pengharaman pembabitan ke dunia seni dihantar ke stesen televisyen.

Bicara Bro : Bukan artis sahaja yang perlu berkelakuan baik, anda juga sama.

Artis buat apa-apa pun, sekali minta maaf. Semua orang maafkan dan anggap tiada apa-apa yang berlaku.

Tapi orang biasa macam kita, sekali minta maaf, sampai mati pun orang masih ingat apa salah kita.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Jangan Panjangkan Kontroversi : Melia Aimiellia Dan Rotikaya.com

  1. Betul atau tidak wallahuallam..tapi kebenaran pasti akan muncul juga..yang penting masing2 jaga tatatertib penghidupan jgn sesekali buat perkara yang boleh merosakkan bangsa kita..:)

    1. kadangkala kita nk jadi orang biasa… orang lain buat kita macam orang luar biasa…

      ada je yang nak jaga tepi kain kita he..23x

      karang terselak… mahu terkejut dorang semua…

      wowww….!!! Besssaaaaarrrrrrnyee…… masalah die (jangan fikir lain)

    1. banyak dugaan dan cabaran jadi anak seni ni..xsemua org suka kite kan..melainkan kite jatuhkan diri sendiri dgn masalah disiplin dan kontroversi..

    1. Trafik mereka memang tinggi pun…

      Pengaruh mereka dalam hiburan pun memang tinggi…. Hope tak ada la cerita pasal bro masuk blog dorang… Sedangkan dorang banyak tahu cerita pasal bro

  2. benda baik org jarang nak heboh2.. yg buruk2 & memalukan org lain yg org suka buat… udah2 le tu kan…

    kakyong tak nampak apa bestnya jadi ‘hero’ dlm mburukkan kelaku org lain..

Leave a Reply

Top