March 29, 2024

iPhone 4s Dan Blackberry Curve 9380 Bukan Milik Bro – Sold.My

Satu persatu bro terlepas tahun ini,

Dan yang terkini, bro terlepas iPhone 4s dan juga Blackberry Curve 9380.

Empunya ceritanya begini.

Baru-baru ini bro mendapat jemputan ke majlis perlancaran laman bidaan Sold.My di Malaysia dimana sebelum ini mereka hanya beroperasi di Singapura.

Tujuan mereka membuka laman ini, khas untuk pembeli di Malaysia dimana kebanyakan pelanggan mereka datang dari Malaysia.

Yang menariknya, pembelian boleh dilakukan dalam Ringgit Malaysia. Tidak perlu untuk anda menukar mata wang atau menggunakan Paypal. Guna bank di Malaysia pun boleh.

Ini gambar semasa hari pelancaran.

Kebanyakan yang datang adalah blogger dan juga media.

Untuk memudahkan kami memahami konsep yang ingin mereka sampaikan. Beberapa tetamu di pilih untuk terlibat dalam bidaan secara realiti.

Dan hadiah yang ditawarkan merupakan iPhone 4s.

Bro tidak terpilih, maka di sini bro dah terlepas iPhone 4s. Tak apa, sekurang-kurangnya bro tahu bagaimana bidaan berjalan.

Sesambil itu bro plan strategy untuk bro berjaya memenangi mana-mana bidaan yang berjalan.

Untuk bidaan ini, pemenangnya adalah…………………………………………………

Oh, tidak….!!!!

Cute Gurl menang iPhone 4s. Lebar sahaja senyuman dia.

Sebelum kami balik, pihak penganjur memberitahu bahawa sebelah malamnya akan diadakan bidaan khas untuk media dan blogger yang hadir.

Hadiah termahal adalah BlackBerry Curve 9380.

Sebelum 9 malam bro dah bersedia di depan laptop. Siap log masuk laman web Sold.My.

Hati berdebar-bedar juga.

Bila bidaan bermula, lagi terasa. Ini kerana bukan bro seorang sahaja yang menbida, ramai lagi yang tak nak melepaskan perluang ini.

Fokus bro hanyalah Blackberry Curve 9380 dan juga Canon Digital IXUS 230 HS.

Bro countdown setiap saat

5.. 4.. 3.. 2.. 1.. 15.. 14.. 13.. 12.. 11.. dan ianya berterusan setiap kali ada yang membida. Dari saat kepada minit. Dari minit kepada jam

Sekali fokus beralih arah, semuanya hanya tinggal mimpi.

Yup, mimpi…..

Tahniah kepada pemenang…

Bro…??

Hanya mampu peluk bantal selepas termiss iPhone 4s dan juga Blackberry Curve 9380.

Anda juga mampu memilikinya pada harga yang menarik. Daftar sekarang di Sold.My sekarang..!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “iPhone 4s Dan Blackberry Curve 9380 Bukan Milik Bro – Sold.My

    1. kalau hnya sorang yang jual its ok..tapi kalau dah bnyak org yang jual kat dlm tu,itu yang meragukan sikit..

  1. mak aiiiii murah gile bila dah bida tu…..ptt la ramai je yg join. huhu~ tolong bida kan tuk sy bro. nk nikon j1 satu. ngn iphone 4s (tingin gak nak merasa hp mahal2 ni wpon rasanya tk perlu.)

  2. nak tanya. kalau nak bida, setiap bidaan akan ditolak satu token, satu token berharga rm1.50sen kan. ok mcm ni, katakan saya bida menggunakan 20 token yang berharga rm30, saya menang dan value yang saya menang rm0.90sen. adakah 90sen itu perlu dibayar dan token sebanyak 20 itu akan dipulangkan. bagaimana jika kalah dalam bidaan tersebut sedangkan 20 token telah digunakan. adakah hangus atau dikembalikan token tersebut.

    1. Terima kasih sebab sudi bertanya.

      Token yang digunakan tidak akan dipulangkan walaupun anda kalah.

      sekiranya anda menang, anda hanya perlu bayar harga barang yang anda menang (contoh 90 sen) + harga delivery (contoh RM5). Maka jumlah yang perlu dibayar hanya RM 5.90 (RM5 + 90sen tadi).

      20 token yang bernilai RM30 tadi tidak akan dikembalikan.

Leave a Reply to akhiyy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *