April 26, 2024

Bro Framestone Masuk Berita Harian Bersama Dengan Rakan Rider

Dah lama rasanya bro tak masuk paper.

Tak mengharapkan pun sebenarnya walaupun kenkadang terdetik gak di hati nak masuk.

Masa zaman berlajar tahun 2007 boleh dikatakan tiap2 bulan ada sahaja muka bro di akhbar.

Zaman kegemilangan bro. Tapi masuk bukan sebab bro adalah blogger ke apa. Sebab time tue bro adalah somebody, dan sekarang bro adalah nobody (Boleh tak jawap macam nie?)

Dan semalam

Muka bro ada terselit dalam akhbar Berita Harian dibahagian Sentral muka surat N16.

Bro bersama rakan-rakan media yang terlibat sama dalam “Media Test Ride Modenas ACE 115” di Melaka International Motorsport Circuit, Ayer Keroh.

Eh, ada bunga seketul di sana (Hepppp..!! Jangan usik, bro dah chop dulu).

Terima kasih buat Jiha Najiha yang perasan muka bro ada masuk paper. (ini baru betul belek satu-satu bila baca paper, bro just belak belah belakang je)

Bicara Bro : Last bro masuk tv pun RTM 2 mengenai racangan realiti Pilih Kasih – mereka tanya pendapat bro.

Last 2 minggu lepas ada wartawan Astro ajak bro jumpa, nak interview bro. Bro tolak, sebab ada hal lain time tue.

Bro lebih suka jadi diri bro dari jadi orang lain semata-mata nak dipublisitikan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

43 thoughts on “Bro Framestone Masuk Berita Harian Bersama Dengan Rakan Rider

    1. Ish ain nie… kena rajin selak paper, nanti banyak perluang yang akan terlepas nanti

      Lain la macam bro, baca paper online je…

      Eh soalan cepu emas tue.. erm entah

    1. hehe..dah gak..msti beli surat khabar..
      nampk sgt bro tak pernah beli s.khabr..baca online je..
      =P

Leave a Reply to kakyong Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *