You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Bagikan Aku Perluang Bertemu Dengan Mereka

17,410,375 total views, 1,904 views today

Bagikan Aku Perluang Bertemu Dengan Mereka

Merindui mereka berdua…

2 insan yang selalu menyinari hidupku satu ketika dulu. Kekuatan aku untuk meneruskan hubungan yang tercipta.

Segalanya terlerai dek kerna kesilapan aku setahun yang lalu. Kesilapan aku terlanjur. Terlanjur dengan kata-kataku.

Akibatnya

Aku dan mereka dipisahkan dan tidak dibenarkan berjumpa. Pisah sejauh-jauhnya, dan tiada alasan untuk mereka perlu ditemukan kepadaku.

Biar ingatan mereka tidak tercalit kenangan bersamaku.

Hari ini,

Tergerak hati aku mengodek komputer yang hampir setahun tidak ku sentuh. Penuh dengan kenangan aku dan mereka. Setiap detik terakam sepanjang waktu mereka membesar.

Teringat lagi saat aku menjaga mereka semasa didalam kandungan ibunya.

Setiap hari aku ke hospital melawat mereka. Air kelapa? Ku cari juga di Kuala Lumpur untuknya. Dan setiap hari aku selitkan doa untuk melihat dan menjaga mereka setelah dilahirkan.

Teringat lagi bila berjauhan,

Mereka menelefon aku, bertanya aku di mana. Walaupun kenyataannya satu haram aku tidak memahami butir bicara mereka.

Bagi mereka, akulah segala-galanya.

Aku dikaca tv, di dalam imaginasi mereka dan tiada sesiapa mampu mengantikan aku di hati mereka.

Tak kala aku demam, mereka pun akan demam sama. Adakah ini demam rindu atau ikatan jiwa antara kami.

Aku tak tahu masih ada rindu lagikah dalam hati mereka untuk diriku. Seorang insan yang yang tidak berani menghadapi kenyataan dan tidak berani menangung segala beban.

Kenapa aku sahaja yang dipersalahkan. Tanpa memberi perluang kepada aku untuk membaiki semuanya. Pandangan sinis dan kata-kata pedas pula dilemparkan kepadaku.

Teringat saat mereka tidur didalam pelukanku.

Bila tidur berjauhan, mereka bangun dan tercari-cari aku.

Moga dipermudahkan olehnya untuk aku dan mereka.

Bicara Bro : Aku amat merindui mereka…

Hanya mampu melihat mereka dari jauh.. tanpa mereka sedari.. Biar dalam ingatan mereka tiada aku, untuk selama-lamanya.

Permudahkan jalan yang aku pilih ini duhai Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

39 thoughts on “Bagikan Aku Perluang Bertemu Dengan Mereka

    1. sabar je lah bro.tu je yg ain mmpu ckp.kesilapan yg dulu kita jdkan pengalaman supaya lepas ni x kn terjadi lagi,ya….dah2,xyah nk tacing2 sgt πŸ™‚

    2. biasalah tu..Bro pun manusia biasa..setiap manusia xkan lepas dari kesalahan..Semoga allah mendengar doa Bro.

  1. setiap bait2 kata yang bro taip buat fyna tersentuh. walaupun fyna tidak memahami apa yang terjadi fyna sentiasa doakan yang baik2 untuk bro dan kedua-dua anak tersebut.

    1. welkam bro…
      fyna agak tacink dgn entri bro. walaupun bro tak ceritakan secara detail. mmg menyentuh hati fyna.
      tapi yang laluinya bro kan.
      sangat harap bro tabah menghadapi segala liku kehidupan yang akan datang. setiap yang terjadi ada hikmahnya kan bro.

  2. anak2 walau dipisahkan jauh mana sekalipun akan ada kasih dan
    sayang kpd abahnya.. Panjatkan doa untuk mereka agar lebih
    sihat + kuatkan cinta dan kasih mereka kpd kau + eratkan
    hubungan lebih rapat = kekuatan kasih sayang..

  3. masa akan mengubah segalanya
    satu hari nanti mesti bro akan dapat jumpa dengan mereka semula.. lambat dengan cepat saja…
    adakalanya bicara dri hati lebih tepat kn..

    banyak kan bsabar … apa yang dah berlaku tak akan dapat di ubah lagi ….

  4. membaca entri bro ni air mata saya mengalir walaupun hakikatnya saya tidak tahu kisah sebenar. Pastinya ianya lebih berat untuk bro yang perlu menanggungnya.

    Sabar la bro, semoga suatu hari nanti bro dipertemukan semula ngan mereka berdua.

    be strong k

  5. Bro..walaupun Jay xde anak..tapi Jay merasa sedih dgn entry bro ni..Sebabnya..Jay dah xpenah melihat anak buah Jay since 2008 sampai skrg ni..Jay tersgt rindukan dorg.:(

    1. atas masalah keluarga yg xdpt dielakkan..bila ego menguasai diri maka sukarlah utk mengaku kesalahn pada parents Jay..sebab itulah mereka xpernah balik since 2008 lagi..

    1. sekurang-kurangnya dah meluahkan dan berkongsi..
      rasa lega sikit kan..?

      ermm..satu hari nanti , insyaAllah..
      mungkin mereka terbaca entry nih ..
      πŸ™‚

Leave a Reply

Top